Thursday, 12 April 2012

Menu 12/4 & 13/4

 13/4/12

Breakfast 7 a.m
Sosej cheese rebus 2
Milo panas 1 mug 

Lunch 9 a.m
Nasi minyak 2 senduk
Ayam goreng rempah (dada) 1 ketul
Kuah dalca

Snack 1 p.m
Apam polkadot (kecil) 3 ketul
 


 12/4/12

Berat saya masih statik, tak menurun sejak minggu lepas. Tak tahula apa pulak yang tak kena. Hari tu macam dah konsisten turun. Sedihnye! Rasanya mulai minggu depan saya akan tukar pola makan untuk tengok ada kesan tak pada penurunan berat badan.

Breakfast 6.30 a.m
Sosej cheese rebus 2 (60gm,190kcal)
Milo panas (150kcal)

Minum pagi 10 a.m
Kopi 3 in 1 1 mug (110kcal)

Lunch 12.30 p.m
Nasi 2 senduk (230kcal)
Dada ayam masak kicap 1 ketul (150kcal)
Begedil 1 ketul (100kcal)
Kuah(80kcal)

Dinner 8 p.m
Tomyam bebola ayam + daging (berat lbh kurang 150gm, 270kcal)
Kuah tomyam  (150kcal)

Total(anggaran): 1430kcal

Wednesday, 11 April 2012

11/4/12 - Cuti Umum Sempena Pertabalan YD Agong

Seronoknya hari ni cuti umum sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong...dirgahayu tuanku,semoga sentiasa sihat walafiat...dah lama rasanya tak bercuti di tengah-tengah minggu. Tapi walaupun cuti, saya masih ada kerja pagi-pagi lagi iaitu ada training untuk sofbol. Pukul 8.30 pagi sampailah 12 tengahari berpanas di padang.



Breakfast 8.15a.m
Susu coklat HL 1 kotak (small sized)

Lunch 1.30 p.m
Hari ni makan di luar...dan saya terliur tengok pilihan lauk pauk yang banyak di food court. Mula-mula niatnya tak nak makan nasi, nak cari makanan lain yang kaya protein tapi kurang karbohidrat kononnya. Last-last tergoda jugak dengan lauk pauk, akhirnya saya makan nasi jugak...

Nasi 2 senduk
Ayam goreng dada 1 ketul
Udang (saiz kecil) goreng tepung satu senduk
Kuah
Air mineral 

Snacks 7p.m
Blueberry tart (1 pieces)

Dinner 
Tomyam bebola ayam + daging (lbh kurang 100gm bebola)
Kuah tomyam

Sound true!



Tuesday, 10 April 2012

Berat statik minggu lepas...hmmmm....


 ucapan untuk hari Ahad

Hari ahad lepas, saya timbang berat terkini untuk tengok ada tak penurunan berat badan untuk minggu lepas. Namun keputusannya mengecewakan...Berat saya statik tidak menurun. Tak tahulah dimana silapnya, sedangkan saya masih kawal pengambilan kalori saya. Minggu lepas tak dinafikan, saya agak sibuk malah turut bekerja pada hari Ahad. Mujurlah hingga jam 12 tengahari saja. Dapatlah berehat waktu petang sebelum memulakan semula hari-hari yang sibuk sepanjang minggu yang akan datang.

Menu 10/4/12

Menu hari ni saya memang makan agak banyak. Selera makan saya memang agak sukar dikawal semasa 'period' menyebabkan saya makan banyak dari biasa. Ditambah pulak jarak masa makan yang agak jauh (saya tak sempat nak ambil snacks utuk tingkatkan metabolisme atau alas perut), jadi menyebabkan waktu petang saya sangat lapar dan makan banyak.

Breakfast 7 a.m
Sosej goreng (2 ketul)(120kcal)
Telur goreng (1 ketul) (90kcal)
Instant Cheese mushroom soup (1 packet 97kcal)
Total:307kcal

Snack 9 a.m
Biskut iko coklat (3 keping) (125kcal)
Keropok lekor (1 keping) (100kcal)
Total: 225kcal

Lunch 11 p.m (agak awal sebab masa ni je ada masa utk lunch)
Nasi 2 senduk (222kcal)
Ayam masak merah 1 ketul (140kcal)
Begedil 1 ketul (anggaran 150kcal)
Total: 512kcal

Minum petang 7p.m
1/2 gelas jus oren + air masak (50kcal)

Dinner 8 p.m
Kepak ayam goreng (2 ketul)(204kcal)
Cheese tart 50cents sized (6 pieces) (240kcal)(20gm 80kcal)
 Total: 444kcal

All total: 1538kcal

Banyaknya saya makan hari ni! Yang paling tak boleh dimaafkan rasanya cheese tart tu sebab saya dah makan ayam goreng 2 ketul! Saya mesti back on track kalau saya nak berat saya terus turun...Oh tidak! Ya Alllah! kuatkan semangatku!



Thursday, 5 April 2012

Menu 4 & 5 April

Sudah beberapa hari saya tak sempat post menu saya, sebabnya memang sangat busy sekarang. Bila balik dah penat, jadi malas nak buka komputer dan menaip...Timbang hari ni, berat masih sama macam minggu lepas. Risau nye....mintak-mintak hari ahad ni, turun 1 kg dari minggu lepas...

4/4/12
Breakfast 7 a.m
Omelette sardin
(Telur 2 biji + ikan sardin 1 ketul)
Sosej rebus 1

Snack 12 p.m
Biskut iko coklat 3 pieces

Lunch 2 p.m
Tomyam bebola ayam (8 ketul bebola + 1 sosej + 100g cendawan enoki)


Dinner 8 p.m
1 mug milo panas

5/4/12
Breakfast 7 a.m
Tomyam bebola (5) + telur dadar (1 biji) + keropok goreng (5 pieces)

Hari ni saya terpaksa skip snack & lunch sebab tak sempat makan.

Dinner (awal sikit dlm 5 p.m)
Ayam goreng KFC (2 ketul)
Cheese tart ( 1piece, medium sized)


Supper 10 p.m
Laxative tea

Monday, 2 April 2012

Menu 2/4/12

Bangun tidur pagi tadi, selepas mandi saya terus timbang...alhamdulillah turun 1 kg mengikut sasaran saya..Jadi setakat ni saya berjaya capai sasaran untuk turun 1kg seminggu...Harap-harap perubahan positif ni akan berterusan..



Breakfast
Nasi goreng (masak sendiri) 1 mangkuk
Sosej rebus 1 ketul

Lunch 1.00 p.m
Omelette sardin ( 2 biji telur + 1 ketul sardin dihancurkan)
Sosej rebus 2 ketul

Dinner (agak awal lbh kurang 4 p.m)
Nasi goreng (masak sendiri) 1 senduk
Ikan keli sambal 1 ekor (tanpa kuah)

Malam 8 p.m
Milo panas 1 mug

Saya kira pengambilan kalori hari ni lebih kurang 1300kcal. Dan keperluan kalori harian saya (DCR) sepatutnya ialah 1764. Jadi saya berjaya kurangkan kalori yang sepatutnya saya ambil. Dan hari ni saya beli penimbang kecil (penimbang tepung) untuk mengukur dengan lebih tepat berat makanan sebelum dimasak atau dimakan. Dengan cara tu, saya boleh kira pengambilan kalori harian dengan lebih tepat.



Hari ni saya agak sibuk ke hulu ke hilir mencari barang..Kebetulan pagi tadi kereta buat hal, tak boleh start. Baterinya dah habis. Memang bateri kereta saya sudah agak lama digunakan sejak pertengahan 2009 lagi. Mujurlah rumah dengan tempat kerja tidak jauh, jadi saya telefon kawan minta tumpang ke tempat kerja. Selepas balik, terus telefon mekanik minta gantikan bateri yang baru.

Esok bakal jadi hari yang sibuk untuk saya. Harap-harap kesibukan ni dapat juga sedikit sebanyak membantu saya kurangkan berat badan.

Sunday, 1 April 2012

Masak untuk kawal kalori..

1/4/12

Hari ni dah masuk bulan April, cepat betul masa berlalu..rasa macam baru saja melangkah ke 2012 tup2 dah masuk bulan April

Hari ni asalnya saya plan nak beli sahaja makanan kat kedai, tapi bila fikir-fikir balik lebih baik masak sendiri. Sebab bila saya masak sendiri, biasanya lebih mudah saya kawal kuantiti makanan yang masuk dalam badan saya. Kalau beli di luar, mesti akan rambang mata dan beli banyak makanan. Bila tak habis makan, nak dibuang rasa sayang pulak...Jadi sebab tak nak membazir, mesti akan makan juga. Kesannya saya akan makan berlebihan dan pengambilan kalori saya pun akan lebih daripada yang sepatutnya.

Saya pernah baca, jika kita ingin mengurangkan berat badan sebanyak 1 kg seminggu, kita mesti kurangkan 500kcal daripada pengambilan kalori harian badan kita atau dipanggil Daily Calorie Requirement (DCR). Nak kira DCR ni senang saja, google saja perkataan ni dan kita akan jumpa DCR calculator yang akan kira DCR kita berdasarkan tinggi, berat, umur, jantina dan aktiviti harian.

Contohnya jika DCR harian saya ialah 1700kcal, maka saya perlu kurangkan pengambilan kepada 1200kcal sehari jika ingin menurunkan berat badan 1kg seminggu.


Menu saya hari ni

gambar dari google, bukan snap yang saya masak

Breakfast 9.00 a.m
Omellete sardin
(2 biji telur + 2 ketul ikan sardin dihancurkan + 1 sosej dipotong nipis-nipis)
Milo panas 1 mug

Lunch 2.00 p.m 
Nasi putih 1 mangkuk
Telur masak sambal 1 biji + kuah sambal
Ayam goreng perisa blackpepper 1 ketul
Air masak

Itu saja saya makan hari ni, still rasa kenyang sampai sekarang..malam ni maybe just minum laxative tea ja kot untuk bersihkan usus...