Breakfast 7.00 pagi
Roti sosej
Makan pagi 11.00 pagi
Nasi tomato 1 cawan
Ayam masak merah tanpa kuah ( 1ketul)
Telur goreng
Dinner 5.30 ptg
Ayam goreng KFC hot n spicy (2 ketul)
Mashed potato
Bun seketul
Oren juice
Saturday, 31 March 2012
Dah 2 hari KANTOI diet!
31/3/12
Hari ni memang sangat penat....keluar rumah 7 pagi tapi pukul 9 malam baru sampai balik..Sebabnya hari ni saya kerja sampai pukul 3 petang...ada majlis kat tempat kerja dan kami adalah penganjur majlis, jadi awal-awal dah kena keluar sampaila majlis habis pukul 3 petang.
Bila dah habis kerja, kawan-kawan kerja ajak ke AEON supermarket (nama biasa ialah Jaya Jusco, tapi dah tukar AEON mungkin sebab rebranding) yang baru buka kat Station 18, Pengkalan, Ipoh. Disebabkan AEON tu baru je opening nya 29 haribulan hari tu, so kami pun teringin la nak pergi tengok keadaannya sebab dengar kata AEON ni adalah supermarket AEON yang terbesar kat Asia Tenggara( betul ke tak fakta ni tah, kalau salah sori ye). Jadi bermulalah pengembaraan kami ke AEON.
Mula-mula sampai, memang susah sangat nak cari parking. Maklumlah, tempat baru buka, memang jadi tumpuan orang ramai. Manusia pun tersangatla ramai sampai sesak jalan nak masuk dan keluar dari AEON tu. Memang sangat besarla bangunannya, rasanya kalau jalan sampai habis satu bangunan memang akan sakit kaki bila sampai rumah. Ada tiga tingkat saja, sama macam Jaya Jusco Kinta City yang kat tepi highway kat Ipoh tu tapi bangunannya panjang dan lebar. Memang banyak outlet-outlet kat dalam tu dan kebetulan dengan pembukaan, banyakla outlet-outlet yang buat SALE....
Kami mencari tempat nak makan, boleh dikatakan semua tempat makan PENUH...dan berkat kesabaran, akhirnya dapatla juga meja kosong kat dalam KFC...so semua orang setuju nak makan KFC since semua tempat lain dah penuh..
Jadi, hari ini boleh dikatakan DIET saya memang terbabas sebab kalori yang sepatatnya saya ambil untuk pastikan berat badan turun dah terlebih. Dan hari ni merupakan hari kedua saya terbabas DIET sebab keluar dengan kawan dua hari berturut-turut dan makan kat luar. Memang susah nak kawal pengambilan kalori jika makan kat luar apatah lagi bila keluar dengan kawan-kawan kerja......Nampaknya saya kenan betul-betul disiplin masa hari Isnin - Khamis untuk kawal kalori kalau nak pastikan berat badan terus turun setiap minggu..
Thursday, 29 March 2012
High CALORIE today...oh tidak!
Breakfast 6.30 a.m
Omelette telur + cendawan
(Telur 2 biji + sedikit garam + pepper + sedikit cendawan)
Burger ikan (2 ketul)
Milo panas 1 mug
Minum pagi 10.30 a.m
Kopi 3 in 1 1 mug
Biskut Oat Krunch coklat (3 pieces)
Dinner 5.30 p.m
Ayam goreng (perisa blackpepper) 2 ketul with skin
Cheesetart 1 ketul besar
Omelette telur + cendawan
(Telur 2 biji + sedikit garam + pepper + sedikit cendawan)
Burger ikan (2 ketul)
Milo panas 1 mug
Minum pagi 10.30 a.m
Kopi 3 in 1 1 mug
Biskut Oat Krunch coklat (3 pieces)
Dinner 5.30 p.m
Ayam goreng (perisa blackpepper) 2 ketul with skin
Cheesetart 1 ketul besar
Wednesday, 28 March 2012
Menu today 29/3
Breakfast 6.30 a.m
Ayam goreng 1 ketul (rusuk)
2 cheese tart (50 cents sized)
Milo panas 1 mug
Minum pagi 10.00
Kopi 3 in 1 1 mug
Lunch
3.00 p.m
Telur 2 biji + Cendawan 100 gram + Bebola ayam 4 ketul (digoreng)
2 - 3 tbsp sos cili
Minum petang
Segelas jus oren
Dinner
Milo panas 1 mug
2 cheese tart (50 cents sized)
Timbang hari ni, tak sabar nak tunggu ahad baru dapat timbang...lucky 4 me...i've lost another 1 kg...
Now my weight has move on from 82kg to 81kg....
Tuesday, 27 March 2012
Menu 27/3/12
sedap memang sedap, tapi kalau makan banyak tinggi kalori |
My Breakfast at 6.30 a.m
Sosej sambal (2 ketul)
Telur goreng (1 biji)
Milo 1 mug
Snacks 10.30 a.m
Biskut Iko Chocolate (3 pieces)
Lunch 3.00 p.m
Homemade omellette
(2 biji telur + garam + blackpepper + sosej 1 piece)
Sos sedikit
Milo 1 mug
Dinner at 7.00 p.m
Fried chicken (ribs) with skin (1 piece)
Monday, 26 March 2012
Menu Hari Ni...
Menu for today...
Breakfast (6.30 pagi)
Daging burger ikan (2 ketul)
Telur goreng ( 1 biji)
Milo panas (sukatan lebih kurang 30gm)
Minum pagi (10.30 pagi)
Kopi 3 in 1 ( 1 mug)
Tengahari (3.00 petang)
Omellete telur + bebola ayam
Telur (2 biji)
Bebola ayam (7 ketul dipotong nipis-nipis)
Sedikit garam dan cili kisar
Dinner
Milo 1 mug (sukatan lebih kurang 30gm)
Ni contoh omelette, tapi ni bukan omelette yang saya masak (malas nk snap gambar, so google je) |
Breakfast (6.30 pagi)
Daging burger ikan (2 ketul)
Telur goreng ( 1 biji)
Milo panas (sukatan lebih kurang 30gm)
Minum pagi (10.30 pagi)
Kopi 3 in 1 ( 1 mug)
Tengahari (3.00 petang)
Omellete telur + bebola ayam
Telur (2 biji)
Bebola ayam (7 ketul dipotong nipis-nipis)
Sedikit garam dan cili kisar
Dinner
Milo 1 mug (sukatan lebih kurang 30gm)
Timbang hari ni still statik tiada perubahan...sepatutnya tak boleh timbang lagi. Untuk orang berdiet tidak digalakkan timbang setiap hari sebenarnya sebab untuk mengelakkan frust jika tengok berat masih statik dan tidak berubah..Tapi sebab perasaan ingin tahu tu kuat, so saya timbang dan tadaaa...hasilnya masih sama seperti semalam..Chaiyok! Chaiyok! Keep on trying!
Sunday, 25 March 2012
Sekadar Coretan Peribadi Sebagai Pembakar SemangatKU...
Nama saya Intan...itu bukan nama sebenar dalam kad pengenalan, tapi nama panggilan di kalangan ahli keluarga..Tujuan saya buka diari peribadi ini bukanlah untuk mencari publisiti, sekadar ingin memotivasi diri saya sendiri untuk mencapai TARGET saya nak mengurangkan berat badan...so cliche kan? Tapi itulah matlamatnya...
Diari saya juga sekadar untuk saya tengok ada tak improvement yang saya capai...
Nama: Intan
Umur: Nak masuk 28 tahun (Julai)
Status : Bujang
Tinggi : 157cm
Berat (terkini) : 82 kg
Saya memang mengalami masalah berat badan sejak zaman sekolah lagi, pernah berusaha menurunkan berat badan dengan pelbagai cara, namun berat badan naik turun macam YOYO..
Berat masa sekolah menengah : antara 55 - 60 kg (tinggi 157cm)
18 tahun : 55kg (tinggi 157cm)
Masa universiti : antara 60 - 70kg (157cm)
Mula kerja (2008) : 70kg
Sekarang : 82kg
Tahun ni saya dah mula berdiet sejak 23/1 - 10/3 selama 7 minggu, dan saya berjaya turun 5kg dari berat 85kg. Namun setelah 1 minggu cuti dan diet gagal semasa cuti, saya naik balik 3 kg..Mula semula diet 19/3 - 25/3 saya berjaya turunkan 1kg dan mencapai 82kg..target berat ideal saya adalah 55kg, kena kurangkan 27kg tuh..tapi insyaallah saya yakinkan diri saya ia mungkin sukar tapi tak mustahil..Saya bahagikan kepada 3 target yang perlu dicapai...
Target 1 : 70kg
Target 2: 60kg
Target 3: 55kg
Fasa Pertama
Target 1 : Dari 83kg ke 70kg
Minggu 1: 19/3 - 25/3 : lost 1 kg (82kg)
Minggu 2: 26/3 - 1/4 : lost 1 kg (81kg)
Minggu 3: 2/4 - 8/4:
Minggu 4: 9/4 - 15/4:
Minggu 5: 16/4 - 22/4:
Minggu 6: 23/4 - 29/4:
Minggu 7: 30/4 - 6/5:
Minggu 8: 7/5 - 13/5:
Minggu 9: 14/5 - 20/5:
Minggu 10: 21/5 - 27/5:
Matlamat saya ingin mengurangkan berat badan yang paling utama ialah TO GAIN MY SELF CONFIDENCE BACK! Saya tak nafikan masalah berat badan memang menyebabkan saya rasa kurang keyakinan diri walaupun tidak ketara sangat..Dan saya nak pakai semula baju-baju lama saya sebab banyak yang dah tak muat dan ketat...So I wish myself GOOD LUCK...