Dah lama saya tak menulis dalam diari diet saya ni, tapi bukan bermaksud saya dah berhenti berusaha untuk mengekalkan diet dan gaya hidup sihat.
Saya sudah memulakan usaha berdiet sejak bulan januari 2012 dan sampai kini (november 2012) saya masih berusaha mencapai matlamat saya iaitu BMI yang NORMAL dan STABIL...
Saya masih cuba mengawal pemakanan dan menukar tabiat pemakanan supaya lebih sihat. Antara yang saya cuba amalkan berterusan sekarang ialah minum susu dan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Untuk pastikan saya minum air sekurang-kurangnya 2 liter, saya beli satu botol air besar yang isipadunya 2 liter. Tiap-tiap pagi saya akan isi penuh dengan air masak dan pastikan saya akan minum air dalam botol tersebut sampai habis dalam tempoh sehari. Alhamdulillah, setakat ni saya masih boleh kekalkan tabiat tu....
Satu lagi usaha yang saya cuba buat sekarang ialah cuba hadkan pengambilan nasi segenggam setiap kali makan. Saya ada terbaca dalam blog Kevin Zahri, dia cakap makan nasi tak salah dan bukan penyebab gemuk, yang penting kita kawal kuantiti nasi yang dimakan. Dia syorkan pengambilan nasi setiap kali makan adalah segenggam dan dua kali sehari sahaja..
Dan satu lagi usaha yang saya cuba lakukan dengan konsisten sekarang ialah berjalan keliling tasik dekat kampung saya setiap hari..minimum 2 round, maksimum 3 round sehari...dan satu pusingan biasanya ambil masa 30 minit..tak silap saya jaraknya lebih kurang 2.4km satu pusingan tasik..
Sementara saya bercuti kat kampung, saya dah simpan niat nak manfaatkan masa pagi saya dengan jalan kaki keliling tasik setiap hari kecuali sabtu sahaja saya break sehari....
Harap2 usaha dan perjuangan saya ni berhasil la nanti...AMINNN........
No comments:
Post a Comment