Tuesday, 20 August 2013

Pengalaman Keempat...

Pengalaman keempat saya, dalam cubaan berusaha mencari jodoh  yang baik..
Tapi memang bukan rezeki saya juga...

Kali ni saya berkenalan dengan seorang lelaki Y namanya melalui seorang kakak kedai kosmetik yang selalu saya kunjungi..
Y anak saudara kakak ni dan saya pun tak menyangka langsung nak berkenalan dengan Y..
Kakak ni minta no telefon saya untuk diberikan pada Y, katanya nak berkenalan..

Mula-mula kenal Y saya cuba anggap Y kawan biasa..
Kami kenal melalui telefon sahaja, saya sendiri tak pernah jumpa atau tengok langsung rupa Y..
Saya tak ingat berapa lama saya berkawan dengan Y..
Y memang peramah orangnya walaupun tak pernah bersua muka..
Memang saya tak sangka yang Y boleh seperamah itu..

Y orangnya sederhana, jaga solat, walaupun tak berpendidikan tinggi..
Jurang perbezaan pendidikan antara saya dan Y sangat jauh
Saya akui saya selfish sebab memikirkan jurang tu sebagai satu halangan
Tapi saya cuba teruskan juga hubungan dengan harapan saya akan berubah fikiran
Hubungan Y dan saya pun hubungan jarak jauh jugak
Saya tinggal di P, manakala Y di K..
Y anak bongsu daripada 3 beradik dan dia tinggal dengan mak dan anak sedara dalam satu rumah..
Dia pernah bagitau yang anak sedaranya menghidap anemia..

Y kalau sekali telefon menjangkau 40 minit lamanya..
Dan kebanyakan masanya dia yang akan bercakap dan bercerita..
Selalunya saya yang risau takut Y habiskan kredit terlalu banyak untuk call saya..

Semasa berkawan dengan Y, saya ada bagitau pada mak saya berkawan dengan Y
Mak jadi risau dan bagitahu pada bapa sedara yang tinggal dekat dengan rumah Y
Bapa sedara saya ni jenis protective sikit, so dia pergi tanya pasal Y pada orang kedai runcit dekat rumah Y

Dan jawapannya sangat mendukacitakan..
Orang tu bagi feedback yang negatif pasal Y..
Mak jadi risau, dia bagitau pada saya apa yang orang tu cakap tapi kali ni mak tak menghalang hubungan saya dan Y
Cuma saya jadik sangat2 konfuse..
Kenapa setiap kali saya kawan dengan orang, mesti ada cerita negatif yang timbul pasal perbadi orang tu..
Saya jadi keliru nak teruskan hubungan tapi saya tetap layan Y seperti biasa..

Dalam tempo beberapa bulan saya berkawan, tiba-tiba Y tersilap hantar mesej perempuan lain pada saya..
Tapi yang hairannya saya tak rasa marah atau cemburu (mungkin sebab perasaan saya pada Y belum mendalam)
Saya forward semula mesej tu pada Y, bagitahu dia silap hantar mesej orang lain pada saya..dan mintak Y send semula pada orang tu..
Y cepat2 call saya, dia minta maaf..memang sungguh2 dia minta maaf..
Cakap kawan dia guna handfon dia untuk hantar mesej pada gilfriend dia..
Saya tak pasti nak percaya atau tak..
Tapi saya tetap teruskan hubungan macam biasa..
Dan akhirnya lagi sekali Y tersilap hantar mesej perempuan yang sama pada saya..
Tapi kali ni saya tak forwardkan mesej tu pada Y..
Saya buat biasa saja...seolah-olah tiada apa yang berlaku..
Tapi saya tak rasa marah atau sedih pun masa kali kedua Y tersilap hantar mesej perempuan lain pada saya..
Masa ni saya sedar, saya tiada perasaan pada Y

Tapi akhirnya hubungan saya dan Y putus juga..
Saya cakap saya nak putuskan hubungan ni sebab saya rasa hubungan ni tak akan kemana..
Y macam sangat sedih, dia cakap dia dah bagitahu keluarga pasal hubungan kami..
Saya memang tak boleh tipu diri sendiri, saya tiada perasaan pada Y..
Sebab tu saya minta putus agar boleh beri laluan pada hubungan dia dengan Ina, perempuan yang dua kali Y tersilap hantar mesejnya pada saya..
Dan selepas saya minta putus, untuk kali ketiga Y hantar mesejnya pada Ina ke phone saya...dan saya redha...

No comments:

Post a Comment