Saturday, 31 March 2012

Dah 2 hari KANTOI diet!


31/3/12

Hari ni memang sangat penat....keluar rumah 7 pagi tapi pukul 9 malam baru sampai balik..Sebabnya hari ni saya kerja sampai pukul 3 petang...ada majlis kat tempat kerja dan kami adalah penganjur majlis, jadi awal-awal dah kena keluar sampaila majlis habis pukul 3 petang. 


Bila dah habis kerja, kawan-kawan kerja ajak ke AEON supermarket (nama biasa ialah Jaya Jusco, tapi dah tukar AEON mungkin sebab rebranding) yang baru buka kat Station 18, Pengkalan, Ipoh. Disebabkan AEON tu baru je opening nya 29 haribulan hari tu, so kami pun teringin la nak pergi tengok keadaannya sebab dengar kata AEON ni adalah supermarket AEON yang terbesar kat Asia Tenggara( betul ke tak fakta ni tah, kalau salah sori ye). Jadi bermulalah pengembaraan kami ke AEON. 



Mula-mula sampai, memang susah sangat nak cari parking. Maklumlah, tempat baru buka, memang jadi tumpuan orang ramai. Manusia pun tersangatla ramai sampai sesak jalan nak masuk dan keluar dari AEON tu. Memang sangat besarla bangunannya, rasanya kalau jalan sampai habis satu bangunan memang akan sakit kaki bila sampai rumah. Ada tiga tingkat saja, sama macam Jaya Jusco Kinta City yang kat tepi highway kat Ipoh tu tapi bangunannya panjang dan lebar. Memang banyak outlet-outlet kat dalam tu dan kebetulan dengan pembukaan, banyakla outlet-outlet yang buat SALE....

Kami mencari tempat nak makan, boleh dikatakan semua tempat makan PENUH...dan berkat kesabaran, akhirnya dapatla juga meja kosong kat dalam KFC...so semua orang setuju nak makan KFC since semua tempat lain dah penuh..


Jadi, hari ini boleh dikatakan DIET saya memang terbabas sebab kalori yang sepatatnya saya ambil untuk pastikan berat badan turun dah terlebih. Dan hari ni merupakan hari kedua saya terbabas DIET sebab keluar dengan kawan dua hari berturut-turut dan makan kat luar. Memang susah nak kawal pengambilan kalori jika makan kat luar apatah lagi bila keluar dengan kawan-kawan kerja......Nampaknya saya kenan betul-betul disiplin masa hari Isnin - Khamis untuk kawal kalori kalau nak pastikan berat badan terus turun setiap minggu..


No comments:

Post a Comment