Thursday 29 November 2012

I Hope I Don't Just Wish..I Hope I Just Do It...

I hope i don't just wish to change myself for better..I hope i am making the changes NOW..
I hope i don't just dream to achieve...I hope i am doing it right NOW...
i hope i don't just sitting there and daydreaming...I hope I am on the right track NOW...


"LOVE YOURSELF, TAKE A GOOD CARE OF IT, CAUSE IT IS THE ONLY PLACE YOU LIVE WITHIN"

Wednesday 28 November 2012

LOST 2KG ON SCALE TODAY!!!!!!

Alhamdulillah, pagi2 tadi selepas solat subuh saya terfikir nak timbang..nak tengok ada kesan positif tak atas usaha yang saya dah buat masuk minggu kedua ni..Mula2 rasa takut nak timbang, sebab takut FRUST...minggu lepas saya timbang, memang tak ada penurunan langsung..Tapi, fikir2 lebih baik timbang daripada main agak2 je..so saya beranikan diri dan timbang..alhamdulillah, turun 2kg dari minggu lepas..seronoknya...hihihi..

Hari ni, seperti biasa seawal 7 pagi saya dah keluar rumah memulakan visi dan misi saya berjalan keliling tasik..Suasana sangat nyaman, sejuk dan berkabus tebal..

Boleh nampak kan dengan jelas kabus tebal dalam gambar tu..

 the fog...makes the lake looks so mysterious...

Sepanjang 2 minggu saya jalan2 pusing tasik, saya perasan memang ada beberapa orang yang sama jugak macam saya..tiap2 hari akan jogging, berjalan atau berbasikal mengelilingi tasik kat kampung saya ni...saya harap diaorang pun berjaya dalam apa yang diaorang cuba capai..

RESULT today, still 10,000 steps...

The STEPOMETER...

10,170 steps today...

6.10 km

298.5 kcal
 The SWEATS........

  And the WATER.........



The Motivation...









Tuesday 27 November 2012

Hari ke 8, 10,000 LANGKAH...

Akhirnya, hari ni saya berjaya jalan kaki 10,000 langkah...YAHOOOO!!!!!!!!!

Kat bawah ni saya tunjukkan bacaam stepometer hari ni...

10, 622 langkah hari ni..28 Nov 2012

312.2 kcal kalori terbakar..

6.37 km perjalanan...

Tiap2 hari saya akan pastikan saya habiskan sekurang-kurangnya sebotol air masak ni...tapi biasanya saya minum lebih dari ni.. 


Pemandangan indah yang memukau dan mendamaikan hati...






And finally, the SWEAT......






peluh tanda perjuangan....yihaaa......caiyok!!!! esok kita berjuang lagi...




"CONSISTENCE, PATIENCE, DETERMINATION AND WILLPOWER TO CHANGE IS THE KEY TO SUCCES"

INSYAALLAH...

Sunday 25 November 2012

Day 6...hihihi...

Alhamdulillah, hari ni sekali lagi saya berjaya meneruskan perjuangan saya mengelilingi tasik 3 round..Tapi hari ni, sambil jalan2 masa pusingan ke 3, saya sempat snap gambar pemandangan tasik untuk dikongsikan..so biarlah gambar yang berbicara..

tempat saya jalan kaki tiap2 pagi..
waktu ni dah pukul 8 lebih, orang dah kurang..kalau awal pagi agak ramai jugak orang

jauh tak perjalanan? 

kat bawah ni saya kongsikan pulak gambar-gambar pemandangan tasik...








Bila saya jalan pagi2 kat tasik ni, hati saya akan rasa tenang sangat tengok kawasan tasik ni..aman damai...cantik...subhanallah..indahnya ciptaan Allah....nanti saya akan cuba snap gambar awal2 pagi pulak masa matahari baru nak naik..memang cantik sangat pemandangannya...sejuk dan tenang rasa hati tengok...maklumla, saya ni memang jenis yang suka tengok keindahan alam..boleh release tension..

Dan selepas 3 pusingan berjalan kaki....

nak sampai dah kat kereta...akhirnya...tu kereta saya nama habibah dok sorang2 kat bawah pokok..

Sampai kat kereta, seperti biasa tengokla saya punya bacaan STEPOMETER..

8464 langkah

5.16 km

337.3 kcal

masa tamat jalan kaki 8.53 pagi..masa mula 7.20 pagi..so lebih kurang hampir 1 jam 30 minit saya jalan kaki
So, that's all for today..untuk esok pulak..teruskan usaha..gambatte!!!!!.caiyok!!!!!!!

kata-kata motivasi untuk hari ini..

 

CAIYOK!!!! CAIYOK!!!!



25 November 2012, bersamaan 11 Muharram 1434H...

Alhamdulillah, hari ini hari kelima saya berjaya mengelilingi tasik sebanyak 3 round di kawasan kampung saya...dan saya berharap saya akan terus mempunyai semangat dan motivasi untuk mengekalkannya sampaila habis cuti saya di kampung pada tahun 2012 ni..Insyaallah, harap-harapnya dengan usaha saya ni, saya akan menjengah ke tahun baru 2013 dengan keyakinan diri yang baru..

Seperti biasa, saya gunakan stepometer saya untuk mengukur jarak dan mengira bilangan langkah saya. Sampai saja di kereta selepas 3 pusingan mengelilingi tasik saya tengok pada stepometer saya, bacaan langkah adalah 9487 langkah, jarak 5.78km dan jumlah kalori dibakar 378kcal..Stepometer ni ada sedikit ralat disebabkan ia sangat sensitif dan sedikit pergerakan pun kadang-kadang boleh menyebabkan angka langkah pada stepometer bertambah, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mengukur dan mengetahui sedikit maklumat penting untuk menambahkan lagi semangat kita untuk meneruskan usaha bersenam...



Saya ada terbaca di sebuah blog,  jika kita malas bersenam dan inginkan cara yang mudah untuk mengamalkan gaya hidup sihat, cara paling mudah ialah dengan amalkan jalan kaki...

Dan disarankan kita berjalan kaki sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari...Rasanya ramai yang dah tahu pasal 10,000 langkah sehari ni tapi apa manfaat yang kita dapat kalau kita jalan 10,000 langkah sehari?

Antaranya ialah;

Berjalan 10,000 langkah sehari dapat membakar antara 300-350kcal..
Berjalan dengan tempoh 60 minit dengan jarak 4.8km akan membakar sehingga 265kcal= kalori sekeping roti canai..
Berjalan 10,000 langkah juga bersamaan dengan berenang tanpa henti selama 90 minit..
Berjalan 10,000 langkah juga bersamaan dengan berbasikal selama 70 minit..
Berjalan 10,000 langkah juga bersamaan dengan bermain bola sepak selama 90 minit..



Banyak lagi sebenarnya faedah berjalan kaki, antaranya berjalan kaki dengan cepat dapat mengurangkan risiko serangan jantung, berjalan kaki sambil bekerja sebanyak 20 jam seminggu dapat menurunkan risiko diserang strok, dan yang paling best ialah berjalan kaki secara rutin selama 1 jam setiap hari dapat melangsingkan badan. Ini kerana, pergerakan berjalan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut akan terkikis...haha..seronok kan kalau lemak2 badan terkikis kan? Selain itu, berjalan kaki juga dapat mencegah osteoporosis, diabetes atau kencing manis dan mengelakkan depresi..

Jadi, apa lagi...JOM JALAN KAKI....


 

 






Friday 23 November 2012

TEKAD, SEMANGAT, AZAM, USAHA KONSISTEN, DOA & TAWAKKAL...







Hari ini hari ke 4 saya meneruskan misi saya berjalan kaki sekeliling tasik dekat kawasan kampung saya. Dan syukur saya berjaya habiskan 3 round jalan2 pusing tasik..Saya gunakan satu alat yang namanya STEPOMETER untuk kira berapa ribu langkah setiap kali saya berjalan kaki pusing tasik. Alat ini walaupun sangat sensitif dan ada sedikit ralat namun sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu saya mengukur jarak dan mengira berapa ribu langkah saya.

Tadi, lepas je cukup 3 round pusing tasik, sampai kat kereta saya tengok bacaan STEPOMETER saya tu menunjukkan angka 6000 lebih langkah dan jarak 5.5 km. Kalau saya anggap ralat dalam 1000 langkah maknanya saya dah jalan sebanyak 5000 lebih langkah dan minimum jarak mungkin dalam 4.5 km...

Cukuplah sebagai pembakar semangat saya hari ni..saya harap keazaman saya untuk mengurangkan berat badan dan capai BMI yang NORMAL dan STABIL akan berterusan dan sampai ke matlamatnya. Tolong doakan saya ye...

Hari ni saya nak cerita sedikit macam mana saya boleh berazam untuk kurangkan berat badan. Saya memang kategori agak berisi sejak zaman sekolah lagi. Malah masa zaman sekolah rendah, dalam gambar kelas semasa darjah dua dan tiga, saya nampak agak besar dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain yang sebaya. Memang sejak kecil rasa rendah diri disebabkan saiz badan sudah saya rasai, namun masa budak-budak apalah sangat yang kita tahu pasal diet semua ni..Oleh itu, saya hidup dalam kegembiraan walaupun saya tahu saya memang mempunyai masalah berat badan.

Sampaila ke zaman sekolah menengah dan universiti saya masih tergolong dalam golongan lebih berat badan cuma belum sampai tahap obese. Boleh dikatakan BMI saya sangat jarang mencapai tahap NORMAL kecuali semasa zaman u ada sekali saya berjaya tapi akhirnya saya membesar semula sebab diet yoyo..tak konsisten..

Bila mula bekerja dan ada duit sendiri, berat badan makin di pam2..tabiat makan fast food dan makan banyak adalah punca utama..saya masih berusaha join kelas aerobik pada 2009 tapi berhenti pada 2010 dan 2011 namun masih cuba sedaya upaya kawal berat badan. Sehinggalah tahun 2011, saya betul2 sudah semakin GEMUK dan BMI saya kalau dikira mencapai tahap OBESE..naik 5kg sebulan adalah perkara biasa..malah hanya 15 kg lagi berat badan nak mencapai 100kg...ditambah dengan jamuan2 di hotel pada hujung tahun, berat badan makin bertambah bagai dipam2..pipi semakin bulat dan montel, badan semakin bulat dan hilang potongan..rasa rendah diri sangat bila tengok gambar sendiri menyebabkan saya tak suka ambil gambar..

Memang saya sangat gemuk bila lihat diri dalam gambar, sampai kalau boleh rasa nak DELETE semua gambar...dan awal tahun 2012 iaitu bulan januari, saya tersedar sendiri..sampai bila aku nak begini? Kalau aku tak buat sesuatu, tidak mustahil berat badan akan semakin bertambah dan mencapai 100kg..sanggupkah aku lihat diri dalam keadaan begitu? Dan sanggupkah aku merasa rendah diri dengan keadaan berat badan berlebihan ni selama-lamanya?

Jadi, mulai januari 2012, saya mulakan usaha berdiet sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan...walau pun pernah kadangkala terbabas, namun saya sering cuba mencari motivasi melalui pembacaan di internet tentang kejayaan orang lain mengurangkan berat badan..dan pada bulan september 2012 saya join kelas aerobik sampaila awal november 2012..alhamdulillah stamina meningkat dan badan rasa makin ringan..

November 2012, saya tukar pula aktiviti aerobik kepada jalan2 pusing tasik di kampung kerana saya sedang bercuti di kampung..Maklumlah kerjaya sebagai guru memberi peluang saya bercuti panjang setiap hujung tahun..dan tahun ini saya berazam saya akan manfaatkan masa cuti ini sebaiknya untuk meningkatkan kesihatan dan memperbaiki diri..semoga azam dan cita2 saya ini tercapai hendaknya...dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T...Aminnnn..........




Thursday 22 November 2012

assalamualaikum....

Dah lama saya tak menulis dalam diari diet saya ni, tapi bukan bermaksud saya dah berhenti berusaha untuk mengekalkan diet dan gaya hidup sihat.

Saya sudah memulakan usaha berdiet sejak bulan januari 2012 dan sampai kini (november 2012) saya masih berusaha mencapai matlamat saya iaitu BMI yang NORMAL dan STABIL...

Saya masih cuba mengawal pemakanan dan menukar tabiat pemakanan supaya lebih sihat. Antara yang saya cuba amalkan berterusan sekarang ialah minum susu dan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Untuk pastikan saya minum air sekurang-kurangnya 2 liter, saya beli satu botol air besar yang isipadunya 2 liter. Tiap-tiap pagi saya akan isi penuh dengan air masak dan pastikan saya akan minum air dalam botol tersebut sampai habis dalam tempoh sehari. Alhamdulillah, setakat ni saya masih boleh kekalkan tabiat tu....

Satu lagi usaha yang saya cuba buat sekarang ialah cuba hadkan pengambilan nasi segenggam setiap kali makan. Saya ada terbaca dalam blog Kevin Zahri, dia cakap makan nasi tak salah dan bukan penyebab gemuk, yang penting kita kawal kuantiti nasi yang dimakan. Dia syorkan pengambilan nasi setiap kali makan adalah segenggam dan dua kali sehari sahaja..

Dan satu lagi usaha yang saya cuba lakukan dengan konsisten sekarang ialah berjalan keliling tasik dekat kampung saya setiap hari..minimum 2 round, maksimum 3 round sehari...dan satu pusingan biasanya ambil masa 30 minit..tak silap saya jaraknya lebih kurang 2.4km satu pusingan tasik..
Sementara saya bercuti kat kampung, saya dah simpan niat nak manfaatkan masa pagi saya dengan jalan kaki keliling tasik setiap hari kecuali sabtu sahaja saya break sehari....

Harap2 usaha dan perjuangan saya ni berhasil la nanti...AMINNN........