Sunday, 25 November 2012

CAIYOK!!!! CAIYOK!!!!



25 November 2012, bersamaan 11 Muharram 1434H...

Alhamdulillah, hari ini hari kelima saya berjaya mengelilingi tasik sebanyak 3 round di kawasan kampung saya...dan saya berharap saya akan terus mempunyai semangat dan motivasi untuk mengekalkannya sampaila habis cuti saya di kampung pada tahun 2012 ni..Insyaallah, harap-harapnya dengan usaha saya ni, saya akan menjengah ke tahun baru 2013 dengan keyakinan diri yang baru..

Seperti biasa, saya gunakan stepometer saya untuk mengukur jarak dan mengira bilangan langkah saya. Sampai saja di kereta selepas 3 pusingan mengelilingi tasik saya tengok pada stepometer saya, bacaan langkah adalah 9487 langkah, jarak 5.78km dan jumlah kalori dibakar 378kcal..Stepometer ni ada sedikit ralat disebabkan ia sangat sensitif dan sedikit pergerakan pun kadang-kadang boleh menyebabkan angka langkah pada stepometer bertambah, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mengukur dan mengetahui sedikit maklumat penting untuk menambahkan lagi semangat kita untuk meneruskan usaha bersenam...



Saya ada terbaca di sebuah blog,  jika kita malas bersenam dan inginkan cara yang mudah untuk mengamalkan gaya hidup sihat, cara paling mudah ialah dengan amalkan jalan kaki...

Dan disarankan kita berjalan kaki sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari...Rasanya ramai yang dah tahu pasal 10,000 langkah sehari ni tapi apa manfaat yang kita dapat kalau kita jalan 10,000 langkah sehari?

Antaranya ialah;

Berjalan 10,000 langkah sehari dapat membakar antara 300-350kcal..
Berjalan dengan tempoh 60 minit dengan jarak 4.8km akan membakar sehingga 265kcal= kalori sekeping roti canai..
Berjalan 10,000 langkah juga bersamaan dengan berenang tanpa henti selama 90 minit..
Berjalan 10,000 langkah juga bersamaan dengan berbasikal selama 70 minit..
Berjalan 10,000 langkah juga bersamaan dengan bermain bola sepak selama 90 minit..



Banyak lagi sebenarnya faedah berjalan kaki, antaranya berjalan kaki dengan cepat dapat mengurangkan risiko serangan jantung, berjalan kaki sambil bekerja sebanyak 20 jam seminggu dapat menurunkan risiko diserang strok, dan yang paling best ialah berjalan kaki secara rutin selama 1 jam setiap hari dapat melangsingkan badan. Ini kerana, pergerakan berjalan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut akan terkikis...haha..seronok kan kalau lemak2 badan terkikis kan? Selain itu, berjalan kaki juga dapat mencegah osteoporosis, diabetes atau kencing manis dan mengelakkan depresi..

Jadi, apa lagi...JOM JALAN KAKI....


 

 






No comments:

Post a Comment