Friday 23 November 2012

TEKAD, SEMANGAT, AZAM, USAHA KONSISTEN, DOA & TAWAKKAL...







Hari ini hari ke 4 saya meneruskan misi saya berjalan kaki sekeliling tasik dekat kawasan kampung saya. Dan syukur saya berjaya habiskan 3 round jalan2 pusing tasik..Saya gunakan satu alat yang namanya STEPOMETER untuk kira berapa ribu langkah setiap kali saya berjalan kaki pusing tasik. Alat ini walaupun sangat sensitif dan ada sedikit ralat namun sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu saya mengukur jarak dan mengira berapa ribu langkah saya.

Tadi, lepas je cukup 3 round pusing tasik, sampai kat kereta saya tengok bacaan STEPOMETER saya tu menunjukkan angka 6000 lebih langkah dan jarak 5.5 km. Kalau saya anggap ralat dalam 1000 langkah maknanya saya dah jalan sebanyak 5000 lebih langkah dan minimum jarak mungkin dalam 4.5 km...

Cukuplah sebagai pembakar semangat saya hari ni..saya harap keazaman saya untuk mengurangkan berat badan dan capai BMI yang NORMAL dan STABIL akan berterusan dan sampai ke matlamatnya. Tolong doakan saya ye...

Hari ni saya nak cerita sedikit macam mana saya boleh berazam untuk kurangkan berat badan. Saya memang kategori agak berisi sejak zaman sekolah lagi. Malah masa zaman sekolah rendah, dalam gambar kelas semasa darjah dua dan tiga, saya nampak agak besar dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain yang sebaya. Memang sejak kecil rasa rendah diri disebabkan saiz badan sudah saya rasai, namun masa budak-budak apalah sangat yang kita tahu pasal diet semua ni..Oleh itu, saya hidup dalam kegembiraan walaupun saya tahu saya memang mempunyai masalah berat badan.

Sampaila ke zaman sekolah menengah dan universiti saya masih tergolong dalam golongan lebih berat badan cuma belum sampai tahap obese. Boleh dikatakan BMI saya sangat jarang mencapai tahap NORMAL kecuali semasa zaman u ada sekali saya berjaya tapi akhirnya saya membesar semula sebab diet yoyo..tak konsisten..

Bila mula bekerja dan ada duit sendiri, berat badan makin di pam2..tabiat makan fast food dan makan banyak adalah punca utama..saya masih berusaha join kelas aerobik pada 2009 tapi berhenti pada 2010 dan 2011 namun masih cuba sedaya upaya kawal berat badan. Sehinggalah tahun 2011, saya betul2 sudah semakin GEMUK dan BMI saya kalau dikira mencapai tahap OBESE..naik 5kg sebulan adalah perkara biasa..malah hanya 15 kg lagi berat badan nak mencapai 100kg...ditambah dengan jamuan2 di hotel pada hujung tahun, berat badan makin bertambah bagai dipam2..pipi semakin bulat dan montel, badan semakin bulat dan hilang potongan..rasa rendah diri sangat bila tengok gambar sendiri menyebabkan saya tak suka ambil gambar..

Memang saya sangat gemuk bila lihat diri dalam gambar, sampai kalau boleh rasa nak DELETE semua gambar...dan awal tahun 2012 iaitu bulan januari, saya tersedar sendiri..sampai bila aku nak begini? Kalau aku tak buat sesuatu, tidak mustahil berat badan akan semakin bertambah dan mencapai 100kg..sanggupkah aku lihat diri dalam keadaan begitu? Dan sanggupkah aku merasa rendah diri dengan keadaan berat badan berlebihan ni selama-lamanya?

Jadi, mulai januari 2012, saya mulakan usaha berdiet sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan...walau pun pernah kadangkala terbabas, namun saya sering cuba mencari motivasi melalui pembacaan di internet tentang kejayaan orang lain mengurangkan berat badan..dan pada bulan september 2012 saya join kelas aerobik sampaila awal november 2012..alhamdulillah stamina meningkat dan badan rasa makin ringan..

November 2012, saya tukar pula aktiviti aerobik kepada jalan2 pusing tasik di kampung kerana saya sedang bercuti di kampung..Maklumlah kerjaya sebagai guru memberi peluang saya bercuti panjang setiap hujung tahun..dan tahun ini saya berazam saya akan manfaatkan masa cuti ini sebaiknya untuk meningkatkan kesihatan dan memperbaiki diri..semoga azam dan cita2 saya ini tercapai hendaknya...dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T...Aminnnn..........




No comments:

Post a Comment