Saturday, 2 February 2013

Adoi..sakit otot paha...

Semalam merupakan hari yang sangat sibuk buat saya..Memang rushing betul..Badan keletihan tapi masih nak ber aerobik jugak..bukan apa, kalau dah tertinggal sekali nanti badan rasa berat dan liat nak bersenam dan kesannya sampai hari ni saya rasa sakit kat bahagian otot paha. Ini mungkin kesan senaman squat yang saya buat kat kelas aerobik semalam.

Sambil guna dumbell, kami buat senaman squat selepas buat asas pergerakan aerobik. Mula-mula memang ok, tapi bila dah ulang beberapa set baru terasa kesannya kat otot paha. Memang nak jalan pun akan terasa sengal-sengal sikit terutama kat bahagian paha dalam.Mujurlah tak sakit sangat, kalau tak susah jugak saya nak naik turun tangga masa pergi kerja hari isnin nanti.

So, hari ni saya tak exercise sebab biarkan otot saya baik pulih diri dia dulu sekejap. Nanti, kalau paksa-paksa sangat lain pulak jadiknya, makin sakit dan tak boleh jalan pulak. Susah pulak nak kerja nanti..Apa-apa pun, bersenam pun mesti ada batasannya. Jangan terlalu memaksa otot sangat. Kadang-kadang otot pun perlu berehat jugak...Buat anda yang sama macam saya kat luar sana, yang tengah struggle nak kurangkan berat badan dan capai BMI normal..jom yuk..sama2..kuatkan semangat..mesti BOLEH punyalah..


No comments:

Post a Comment