Monday, 31 December 2012

Updating my own track record on the last day of 2012...sayonara 2012..welcome 2013...

Semoga 2013 akan membawa lebih banyak kebaikan buat diri saya, ibu-bapa, seluruh keluarga, rakan-rakan dan muslimin muslimat di dunia ini...aminnn....

"Perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk diri sendiri adalah berusaha sebaik mungkin untuk mengubah diri ke arah lebih baik"

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"(Ar-Ra'd:ayat 11)

"Adapun bagi orang-orang beriman, (iaitu) Mereka yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaik di antaranya. Merekalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan merekalah orang-orang yang berakal," (Azzumar:ayat18)

Update record

30.12.12

1001 steps, 24:58 minit workout

143 kcal terbakar

31.12.12

1500 steps, 36:00 minit workout

214.2 kcal kalori terbakar

Tuesday, 25 December 2012

Hidup Tidak Selalunya Indah...

Dalam kehidupan setiap insan, pasti ada saat suka duka, jatuh dan bangun...ada usaha yang berjaya, dan ada usaha yang kecundang..

Sebagai manusia kita wajib berusaha selagi terdaya, wajib bangun semula apabila terjatuh. Tiada manusia yang tidak duji dalam kehidupan, cuma ujiannya berbeza-beza bagi setiap insan mengikut batas kemampuan masing-masing.

Ingatlah, saat kita diuji, pasti ada orang yang duji lebih teruk daripada kita. Ingatlah, saat kita terjatuh, ada orang yang lebih sakit terjatuh daripada kita. Saat kita merasa pedih, pasti ada insan yang pengalaman hidupnya lebih memedihkan...

Ujian dari Allah adalah untuk menguatkan, tanda Allah amat menyayangi hambanya dan sentiasa ingin mendengar rintihan hambaNya..Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengampun, lagi Maha Mengetahui hikmah setiap ujian yang ditimpakan atas hamba-hambaNya..

Ya Allah, aku redha segala ujianMu, aku redha segala ketentuanMu, aku redha segala bahagian dan pengalaman hidup yang telah Kau rencanakan untukku, cuma aku bermohon kepadaMu..berilah hambaMu ini ketabahan hati, kekuatan semangat, kesabaran jiwa, dan akal fikiran yang waras dan rasional dalam menilai dan membuat keputusan...

Ampuni segala dosaku Ya Allah, perbaikilah segala urusan diriku...permudahkanlah segala urusan hidupku, samada urusanku denganMu Ya Allah dan dengan makhlukMu Ya Allah...

Ampunilah segala dosaku Ya Allah....aku bermohon padaMu..

Thursday, 20 December 2012

Beli alat senaman baru...stepper...

20/12/12

Dah beberapa hari saya tak update blog, sebab saya dah berhenti buat 'brisk walking' sejak selasa atas sebab ada urusan kerja dan perlu pulang ke ipoh...

Kerja tengah banyak ni, tapi sebab tak tau nak mula dari mana, so apa kata update dulu aktiviti terbaru saya..iaitu saya dah beli n cuba guna alat senaman yang namanya stepper..

Alat senaman stepper ni harganya taklah semahal mana..rm199 sahaja kat fitness concept..sekadar kemampuan saya la..nak beli alat senaman yang besar-besar macam treadmil atau elliptical memang tak termampu sebab ribu-ribu harganya..sayang pulak nak habiskan ribu-ribu beli benda tu, banyak lagi keperluan lain duit tu boleh digunakan..tapi kalau anda yang berkemampuan tak ada salahnya membeli alat senaman yang mahal-mahal..pelaburan untuk kesihatan diri yang lebih baik jika kita konsisten guna...

Ada beberapa sebab saya beli stepper ni, antaranya

~ Boleh digunakan dalam rumah
~ Mudah untuk digunakan dan diangkat ke mana-mana
~ Stepper ni fokuskan exercise untuk bahagian kaki terutamanya paha, pinggul dan betis(saya memang nak kecikkan paha dan punggung)
~ Sebagai ganti kepada 'brisk walking' sebab mula januari ni saya dah tak berada di kampung
~ Boleh tingkatkan daya tahan kardiovaskular

 Kat bawah ni, saya postkan gambar stepper;

ini baru kotaknya

harga tertera rm199

inilah home stepper

yang 800 tu bilangan berapa kali kita pijak, 17:58 tu masa berapa lama kita workout

114.2 kcal menunjukkan berapa kalori dibakar
Bila kita exercise guna stepper ni, sama seolah-olah kita exercise naik tangga berkali-kali..Jadi, memang membantu kita untuk shapekan kaki dan punggung...bagus jugak untuk improve kita punya pernafasan dan jantung kita...bila kita dah konsisten guna stepper ni, for sure lama-kelamaan kita akan semakin kurang megah bila naik tangga dan badan pun akan rasa lebih ringan..

Dan minggu ni saya rasa happy sangat, sebab bila jumpa kawan-kawan (dah 5 minggu tak jumpa sebab cuti sekolah) , ramai yang tegur saya dah slim..seronok sangat..alhamdulillah akhirnya nampak jugak perubahan n berhasil jugak sikit usaha saya...tapi yang peliknya tengok penimbang cuma turun 3 kg ja..so saya mula-mula ingatkan perubahan saya tak la ketara sangat sampai orang boleh nampak..tapi kawan-kawan ramai yang tegur..alhamdulillah sangat...

Insyaallah, saya akan teruskan usaha saya lagi dengan KONSISTEN sampaila mencapai matlamat yang saya hajatkan..amin...

Monday, 17 December 2012

STRESS!!!!! Susahnya Nak Turun 2 kilo...

Adoi, geram betul dengan lemak tepu dalam badan ni, susah sangat nak turun walaupun 2 kilo..saya target nak hilangkan 2 kilo dalam 2 minggu saya senaman dan diet ni selepas turun 3 kilo dalam tempoh 3 minggu sebelum ni..tapi tak taula kenapa la liat sangat lemak-lemak ni nak menyusut...

Geram betul..takkan dah plateau kot..baru je turun beberapa kilo..ada lagi 17 kilo nak buang ni...macam mana nak buat ni? hu..sedihnye...

Takpe, takpe...sabar..sabar...jaga kau lemak-lemak tepu..aku tak akan mengalah dengan kedegilan kau..akan ku bakar jugak kau akhirnya...

Update rekod brisk walking untuk 2 hari;

16.12.12

10,202 langkah

6.42km

314.9kcal
17.12.12

9,414 langkah
 Rekod merosot, mungkin sebab sedih..masa pagi sebelum pegi brisk walking timbang berat, lepas tu tengok jarum dia tak berubah dari hari tu..ditambah pulak cuaca kat tasik hari ni mendung-mendung macam nak hujan..
5.93km

290.6kcal

Thursday, 13 December 2012

Day 21..13.12.12

8,897 langkah

274.6 kcal

5.6km

Hari ni hari terakhir dalam minggu ke 4 saya brisk walking..esok sabtu, so saya break sehari untuk merehatkan otot..dan akan teruskan brisk walking pada ahad dan isnin sahaja sebab selasa saya sudah perlu pulang ke tempat kerja saya..

Hari selasa saya bercadang nak ke cosway, nak cari DIGITAL SKIPPING ROPE...atau dengan kata lain tali skipping digital..Semalam masa google info tentang kalori yang boleh dibakar dengan skipping, saya terbaca tentang tali skipping digital yang boleh mengira bilangan lompatan dan kalori yang sudah terbakar semasa kita skipping..Ini langkah pertama untuk saya mulakan aktiviti senaman skipping pulak..

Hari ni bilangan langkah tak mencapai sasaran, tak sampai 10,000 pun sebab saya tukar laluan hari ni. Biasanya saya ikut outer loop jalan kat tasik, tapi hari ni saya ikut inner loop sebab nak tukar angin supaya tak bosan...rupa-rupanya disebabkan itu, 3 pusingan yang sama cuma 8000 lebih langkah saja..takpa la...next time kena ikut balik outer loop jalan kat tasik..

12.12.12 & 13.12.12 (Day 20th)

Sedar tak sedar dah 4 minggu saya jalan kaki setiap hari mengelilingi tasik di kawasan kampung saya. Minggu depan, saya sudah perlu balik ke tempat kerja saya semula sekejap kerana ada hal kerja yang perlu diuruskan.

Oleh itu, saya perlukan alternatif senaman lain yang sesuai untuk saya amalkan bagi mengekalkan usaha saya untuk menurunkan berat badan. Sebab di kawasan rumah saya di Ipoh, taman rekreasi jaraknya jauh dari rumah, oleh itu untuk teruskan aktiviti jalan kaki memang kurang efektif.

Saya ingat nak cuba buat skipping pulak dan sekarang ni tengah mencari info2 pasal skipping ni..berapa kalori yang boleh dibakar dengan skipping dan faedah skipping. Saya pilih skipping sebab senaman ni boleh dibuat dalam rumah, jadi saya tak perlu keluar rumah untuk bersenam..

Sekarang dah 4 minggu saya berusaha, saya bagi tempoh 12 minggu untuk tengok perubahan keseluruhan yang lebih besar. Kalau ikutkan penimbang, dalam 4 minggu ni saya baru turun 3kg sahaja. Mungkin agak lambat sebab dipengaruhi kadar metabolisme badan yang agak rendah.

Tapi tak apa, sekurang-kurangnya ada penurunan lebih baik daripada tiada. Lemak-lemak yang dah tersimpan sekian lama tentunya susah nak disingkirkan. Dah lama membela lemak, nak buang pun tentulah ambik masa dan usaha yang gigih juga..yang penting, JANGAN BERHENTI!..kalau berhenti confirm, segala impian akan berkubur...oh NO! NO! NO!...

12.12.12

12, 106 langkah

7.26km

355.9 kcal


13.12.12

10,800 langkah

6.48km

317.5kcal


Tuesday, 11 December 2012

Target BARU saya...BRISK WALKING 12,000 steps a day..everyday..

Sasaran saya seterusnya ialah..saya nak tingkatkan BRISK WALKING saya kepada 12,000 langkah sehari...bertujuan untuk meningkatkan intensiti latihan secara perlahan-lahan dan meningkatkan stamina dan pembakaran kalori..

Sasaran kedua ialah saya akan cuba didik diri saya makan dalam portion yang kecil sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari bertujuan meningkatkan metabolisme badan tetapi mesti pastikan ada DEFISIT KALORI...

So, ESOK saya akan mulakan misi saya ni..insyaallah..



DON'T GIVE UP

Update 11.12.12..


12,101 langkah

7.20km

353.1 kcal

Sunday, 9 December 2012

TWO Days Update...9.12 & 10.12

Selamat pagi,
Semoga hari-hari kita sentiasa indah dan bermanfaat...


Dalam tempoh dua hari ni, saya cuba meningkatkan bilangan langkah bertujuan untuk meningkatkan stamina dan membakar lebih kalori..Memang biasanya selepas 3 round, saya dah rasa letih tapi saya cuba lawan perasaan tu dan tambah sedikit demi sedikit..
9.12.12

11,845 langkah

7.10km

348.2 kcal


10.12.12

12,471 langkah

7.48km

366.6 kcal

sometimes you feel so tired, and you feel you want to put a stop, but REMEMBER if you STOP, you never going to get anywhere...so be PATIENT and be CONSISTENT..

Saturday, 8 December 2012

How I get My "Turning Point"


Hari ni saya rasa nak meluahkan macam mana saya boleh tersedar untuk menurunkan berat badan. Saya mengakui saya seorang yang mempunyai tahap metabolisme badan yang agak rendah. Badan saya cepat naik berat terutama jika saya terlebih makan dan kurang bergerak. Buktinya, bila bercuti panjang, biasanya badan saya akan naik berat.

Sebelum ini, saya sudah banyak berusaha mengurangkan berat badan tapi dengan niat dan inginkan cara yang cepat saja tanpa mahu berusaha keras dan sabar. Akibatnya, berat akan turun namun naik semula. Seingat saya, paling ringan berat badan saya yang pernah dicapai ialah 10 tahun lepas semasa berusia 18 tahun iaitu 55kg. Masa tu saya kehilangan berat kerana berdiet dan juga mengalami keadaan "depressed"  kerana agak tertekan dengan pelajaran. Masa tu, saya di matrikulasi selepas menolak offer scholarship dari MARA untuk bidang medic. Oleh itu, saya rasa amat terdesak untuk mendapat keputusan yang bagus supaya tidak rasa menyesal melepaskan peluang scholarship MARA sebab saya tidak berminat untuk bekerja dalam bidang perubatan. Saya agak takut dengan alatan tajam dan tidak sampai hati rasanya nak menoreh kulit dan isi manusia menyebabkan saya memutuskan untuk tidak menerima offer tersebut dan meneruskan pengajian di matrik.

Namun, bila menjejak kaki ke universiti, saya sudah tidak lagi "depressed" . Selera makan balik kepada keadaan biasa. Tidak dinafikan saya memang jenis orang yang suka makan. Malah saya amat suka makan nasi. Dengan kadar metabolisme yang agak rendah, sudah tentulah tabiat pemakanan saya menaikkan berat badan. Masih ingat lagi masa sem 2 di universiti, saya sangat suka makan nasi lemak selepas pulang dari kuliah pada waktu petang.

Pada masa yang sama, saya turut mencuba teh orang kampung untuk menurunkan berat badan tapi tidak berkesan untuk saya. Saya juga pernah berdiet dengan cara mengawal makan, tapi tidak bersenam.Kaedah itu agak berkesan namun akhirnya berat naik semula apabila saya mula masuk ke alam pekerjaan.

Bila mula bekerja, saya mula ada duit sendiri. Jika dulu, waktu belajar makanan "fast food" macam Mc D, KFC, Pizza dan yang sewaktu dengannya hanya dimakan sekali sekala disebabkan kekangan kewangan, namun bila bekerja semua makanan itu semakin kerap saya makan terutama bila keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan. Nasi juga saya ambil dalam kuantiti yang banyak dan tanpa kawalan begitu juga dengan makan malam. Tambah-tambah tempat kerja saya sering ada jamuan makan dan 'potluck' yang diadakan dengan kawan-kawan sekerja menambahkan lagi kerancakan kenaikan berat badan dan pengembangan badan saya. Namun diri masih belum ada kesedaran, walaupun kadangkala tetap rasa rendah diri dengan keadaan diri yang semakin menggemuk dari hari ke hari.



Sehinggalah pada penghujung tahun 2011, saya tengok gambar-gambar yang di'tag' oleh kawan-kawan dalam fb. Saya tengok diri saya sangat gemuk dan bulat. Pipi usah cakapla, memang bulat apatah lagi pipi saya memang jenis yang kelihatan agak tembam walaupun badan turun berat. Bila berat naik, lagila pipi saya nampak sangat bulat. Badan saya juga nampak sangat besar dan berisi, malah saya kelihatan lebih tua daripada usia sebenar saya disebabkan badan yang besar dan gemuk. Saya rasa amat-amat RENDAH DIRI  waktu tu. Saya timbang berat badan, dan penimbang menunjukkan angka 80kg. Semua baju-baju dan seluar dah rasa tak selesa. Kain baju kurung terasa semakin sendat terutamanya di bahagian peha dan pinggang. Apatah lagi, bentuk badan saya adalah jenis PEAR yang mengalami kenaikan lemak di pinggang, peha dan punggung bila berat naik. Bila pakai seluar, nampak amat BURUK SEKALI...Sedihnya masa ni..SELF ESTEEM dan CONFIDENCE LEVEL pun jatuh kerana penampilan diri rasa memalukan dan selekeh...I feel I am not presentable in public...and believe me, the feeling wasn't good at all.

Januari 2012, saya beranikan diri menimbang berat badan dan semakin terkejut bila mendapati berat saya telah naik ke 85kg..dengan ketinggian 157cm, sudah tentulah saya nampak sangat bulat dan montel sekali...Kalau saya masih kanak-kanak riang berusia 4 tahun, mungkin keadaan comel, montel dan gebu itu disukai ramai namun saya seorang dewasa berusia 28 tahun...Oleh itu, keadaan itu bukanlah comel tetapi memalukan dan merendahkan tahap keyakinan diri saya untuk berdepan dengan orang ramai. Kerjaya saya juga memerlukan saya berdiri dan bercakap dihadapan orang ramai, oleh itu keadaan berat badan berlebihan sangatlah TIDAK SELESA..Saya juga mudah termengah-mengah bila naik tangga menunjukkan stamina juga sudah semakin BERKURANG dan mungkin sudah di tahap parah...

Keadaan ini bagaikan memberi satu KESEDARAN untuk saya berubah. Mengubah diri, mengubah cara hidup, mengubah cara pemakanan, mengubah diri ke arah lebih baik dan memperbaiki self esteem diri.

Saya terfikir, jika saya tidak bertindak sekarang dan terus-terusan membiarkan diri lalai..lama kelamaan angka berat saya tidak mustahil mencecah 100kg...85kg, hanya 15kg saja lagi nak mencapau angka 100kg..apakah saya sanggup menghadapi kenyataan berat badan saya mencecah 100kg? Ohhhhhhhhhh...sudah tentunya TIDAK!!!!!!!!

Disinilah "turning point" atau titik kesedaran saya bermula. Perlahan-lahan, saya cuba mengubah diri ke keadaan yang lebih baik. Saya elakkan makan malam. Saya kurangkan pengambilan nasi. Saya cari info2 tentang cara-cara menurunkan berat badan dan cuba memahami dan mempratikkannya. Saya elakkan minum air manis, dengan cara tidak memesan minuman semasa makan di tempat kerja saya. Kemudian, saya minum air masak antara setengah jam atau sejam selepas makan. Hinggakan pakcik kantin tempat saya bekerja selalu menyakat yang saya ada amalkan ilmu, sebab tu tak order air masa makan dan tak minum air lepas makan. Saya biarkan saja, dan senyum malah kadang-kadang ketawa geli hati bila disakat begitu. Memang saya kawal pengambilan air manis. Tapi masa ni, saya belum mula amalkan senaman. Bukan tak pernah cuba bersenam, malah pernah join kelas aerobik masa tahun 2008 dan 2009, tapi berat tak turun..cuma maintain sebab tak jaga pemakanan..

Bulan Februari 2012, saya menyertai lawatan tempat kerja saya ke Singapore...saya memang fobia nak tangkap gambar masa tu, sebab saya rasa sangat-sangatla gemuk masa tu. Tapi ada beberapa gambar dalam fb yang di'tag' oleh kawan-kawan. Bila saya tengok gambar-gambar tu, MASYAALLAH...GEMUKNYA AKU...itulah yang terlintas dalam benak fikiran saya...Aku mesti BERUBAH...saya berazam..



Sejak itu, saya teruskan usaha saya untuk mencapai BMI yang NORMAL dan STABIL dengan mengambil langkah-langkah yang saya nyatakan dia atas. Saya selalu juga google dalam internet tentang kisah-kisah orang yang berdepan masalah KEGEMUKAN dan OBESITI dan berjaya dalam perjuangan mereka mengurangkan berat badan. Kisah-kisah mereka semua menjadi sumber inspirasi untuk saya terus berjaya dalam misi saya. Hati saya semakin YAKIN dan berbunga-bunga.Insyaallah, kalau orang lain BOLEH, aku pun PASTI BOLEH..Tak terbayang rasanya betapa gembiranya saya jika impian dan matlamat saya menjadi KENYATAAN akhirnya..pastinya rasa kepuasan yang amat sangat, kerana berjaya mengubah diri ke arah lebih baik...

Sehinggalah, bulan Ogos 2012, seminggu selepas raya puasa saya tergerak hati untuk menyertai semula kelas aerobik yang telah lama saya tinggalkan. Minggu pertama join, memang megah dibuatnya tapi lama-kelamaan stamina saya semakin baik. Bila saya naik tangga bertingkat-tingkat, rasa megah semakin kurang malah kadang-kadang bila keadaan kerja saya memerlukan saya bergerak pantas, saya boleh berlari dalam keadaan memakai baju kurung dan kasut wedges dengan tumit setinggi 2 inci...hahaha..kelakarkan..tak dapatla nak dibayangkan betapa buruknya berlari dalam keadaan begitu, namun apakan daya kadang-kadang keadaan memaksa.

Walaupun pada masa ini, penurunan berat badan tidaklah terlalu banyak..namun rakan-rakan sekerja mula menegur perubahan diri. Kata mereka saya sudah nampak semakin kecil sedikit...Malah kakak pembantu makmal pun ada menegur sampaikan diaorang ada bertanya tentang kelas aerobik yang saya ikuti. Kata diaorang "akak pun macam teringin nak join jugak"..Kawan-kawan sekerja lelaki pun ada yang menegur perubahan saya, dan saya rasa agak segan juga..Tapi saya ambil itu sebagai komen positif dan ikhlas daripada teman-teman..

Saya teruskan jaga pemakanan sambil aerobik dan elak makan malam bermula seminggu selepas raya puasa sehinggalah bulan OKTOBER...

Bila bulan NOVEMBER bermula, saya tukar aerobik kepada 'BRISK WALKING' setiap hari kecuali sabtu..Saya ambil cuti sehari bagi merehatkan otot-otot kaki dan memberi masa kepada badan untuk membaik pulih tisu..Tidak dinafikan, mula-mula agak sukar saya nak membiasakan diri dan cepat rasa penat..Tapi lama-kelamaan, saya semakin selesa dan setiap pagi saya akan sasarkan untuk berjalan sebanyak 10,000 langkah dan dikira dengan alat yang saya beli namanya STEPOMETER..memang alat ni saya dah beli awal-awal untuk memastikan misi dan visi saya tercapai dan berterusan..dan bila kita buat sesuatu dengan menetapkan SASARAN dan MATLAMAT, kita memang akan jadi lebih BERSEMANGAT..Mak dan ayah saya pun dah faham yang tiap-tiap pagi saya akan keluar brisk walking dan menyokong penuh usaha saya...Alhamdulillah, syukur ada ibu-bapa yang memahami dan sentiasa memberi galakan pada saya untuk memperbaiki diri...



Dan sekarang saya SEDAR, untuk mengubah diri memerlukan usaha berterusan, semangat yang kuat dan keinginan dari dalam diri sendiri..Tiada orang yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri. Dan yang paling penting JANGAN CEPAT PUTUS ASA..memang tidak dinafikan kadang-kadang bila usaha lambat membuahkan hasil, saya juga rasa putus asa dan lemah semangat..namun jika kita biarkan perasaan itu menguasai diri, sampai bila pun kita tidak akan berubah ke arah yang lebih baik ...Niatkan perubahan yang kita lakukan adalah untuk mencapai tahap KESIHATAN yang lebih baik, meningkatkan KEYAKINAN diri dan memperbaiki PENAMPILAN supaya rasa lebih 'presentable' di khalayak ramai..Dan sentiasalah berdoa kepada Allah agar Dia mempermudahkan usaha kita...

TERUSKAN USAHA, REMEMBER " HARD WORKS ALWAYS PAYSOFF AND THE FEELING IS UNDESCRIBEABLE"

"Kerja Keras Pastinya Memberi Hasil Yang Berbaloi dan Perasaan Mencapainya Sukar Digambarkan dengan Kata-Kata"





Thursday, 6 December 2012

Update 7.12.12...

10.281 langkah

6.16km

302.2 kcal

Sasaran 10,000 langkah sehari tercapai jugak hari ni...caiyok...esok sabtu, so rest dulu sehari, ahad kita mula balik mcm biasa, 'brisk walking' for a week..