Hari ni saya rasa nak meluahkan macam mana saya boleh tersedar untuk menurunkan berat badan. Saya mengakui saya seorang yang mempunyai tahap metabolisme badan yang agak rendah. Badan saya cepat naik berat terutama jika saya terlebih makan dan kurang bergerak. Buktinya, bila bercuti panjang, biasanya badan saya akan naik berat.
Sebelum ini, saya sudah banyak berusaha mengurangkan berat badan tapi dengan niat dan inginkan cara yang cepat saja tanpa mahu berusaha keras dan sabar. Akibatnya, berat akan turun namun naik semula. Seingat saya, paling ringan berat badan saya yang pernah dicapai ialah 10 tahun lepas semasa berusia 18 tahun iaitu 55kg. Masa tu saya kehilangan berat kerana berdiet dan juga mengalami keadaan "depressed" kerana agak tertekan dengan pelajaran. Masa tu, saya di matrikulasi selepas menolak offer scholarship dari MARA untuk bidang medic. Oleh itu, saya rasa amat terdesak untuk mendapat keputusan yang bagus supaya tidak rasa menyesal melepaskan peluang scholarship MARA sebab saya tidak berminat untuk bekerja dalam bidang perubatan. Saya agak takut dengan alatan tajam dan tidak sampai hati rasanya nak menoreh kulit dan isi manusia menyebabkan saya memutuskan untuk tidak menerima offer tersebut dan meneruskan pengajian di matrik.
Namun, bila menjejak kaki ke universiti, saya sudah tidak lagi "depressed" . Selera makan balik kepada keadaan biasa. Tidak dinafikan saya memang jenis orang yang suka makan. Malah saya amat suka makan nasi. Dengan kadar metabolisme yang agak rendah, sudah tentulah tabiat pemakanan saya menaikkan berat badan. Masih ingat lagi masa sem 2 di universiti, saya sangat suka makan nasi lemak selepas pulang dari kuliah pada waktu petang.
Pada masa yang sama, saya turut mencuba teh orang kampung untuk menurunkan berat badan tapi tidak berkesan untuk saya. Saya juga pernah berdiet dengan cara mengawal makan, tapi tidak bersenam.Kaedah itu agak berkesan namun akhirnya berat naik semula apabila saya mula masuk ke alam pekerjaan.
Bila mula bekerja, saya mula ada duit sendiri. Jika dulu, waktu belajar makanan "fast food" macam Mc D, KFC, Pizza dan yang sewaktu dengannya hanya dimakan sekali sekala disebabkan kekangan kewangan, namun bila bekerja semua makanan itu semakin kerap saya makan terutama bila keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan. Nasi juga saya ambil dalam kuantiti yang banyak dan tanpa kawalan begitu juga dengan makan malam. Tambah-tambah tempat kerja saya sering ada jamuan makan dan 'potluck' yang diadakan dengan kawan-kawan sekerja menambahkan lagi kerancakan kenaikan berat badan dan pengembangan badan saya. Namun diri masih belum ada kesedaran, walaupun kadangkala tetap rasa rendah diri dengan keadaan diri yang semakin menggemuk dari hari ke hari.
Sehinggalah pada penghujung tahun 2011, saya tengok gambar-gambar yang di'tag' oleh kawan-kawan dalam fb. Saya tengok diri saya sangat gemuk dan bulat. Pipi usah cakapla, memang bulat apatah lagi pipi saya memang jenis yang kelihatan agak tembam walaupun badan turun berat. Bila berat naik, lagila pipi saya nampak sangat bulat. Badan saya juga nampak sangat besar dan berisi, malah saya kelihatan lebih tua daripada usia sebenar saya disebabkan badan yang besar dan gemuk. Saya rasa amat-amat RENDAH DIRI waktu tu. Saya timbang berat badan, dan penimbang menunjukkan angka 80kg. Semua baju-baju dan seluar dah rasa tak selesa. Kain baju kurung terasa semakin sendat terutamanya di bahagian peha dan pinggang. Apatah lagi, bentuk badan saya adalah jenis PEAR yang mengalami kenaikan lemak di pinggang, peha dan punggung bila berat naik. Bila pakai seluar, nampak amat BURUK SEKALI...Sedihnya masa ni..SELF ESTEEM dan CONFIDENCE LEVEL pun jatuh kerana penampilan diri rasa memalukan dan selekeh...I feel I am not presentable in public...and believe me, the feeling wasn't good at all.
Januari 2012, saya beranikan diri menimbang berat badan dan semakin terkejut bila mendapati berat saya telah naik ke 85kg..dengan ketinggian 157cm, sudah tentulah saya nampak sangat bulat dan montel sekali...Kalau saya masih kanak-kanak riang berusia 4 tahun, mungkin keadaan comel, montel dan gebu itu disukai ramai namun saya seorang dewasa berusia 28 tahun...Oleh itu, keadaan itu bukanlah comel tetapi memalukan dan merendahkan tahap keyakinan diri saya untuk berdepan dengan orang ramai. Kerjaya saya juga memerlukan saya berdiri dan bercakap dihadapan orang ramai, oleh itu keadaan berat badan berlebihan sangatlah TIDAK SELESA..Saya juga mudah termengah-mengah bila naik tangga menunjukkan stamina juga sudah semakin BERKURANG dan mungkin sudah di tahap parah...
Keadaan ini bagaikan memberi satu KESEDARAN untuk saya berubah. Mengubah diri, mengubah cara hidup, mengubah cara pemakanan, mengubah diri ke arah lebih baik dan memperbaiki self esteem diri.
Saya terfikir, jika saya tidak bertindak sekarang dan terus-terusan membiarkan diri lalai..lama kelamaan angka berat saya tidak mustahil mencecah 100kg...85kg, hanya 15kg saja lagi nak mencapau angka 100kg..apakah saya sanggup menghadapi kenyataan berat badan saya mencecah 100kg? Ohhhhhhhhhh...sudah tentunya TIDAK!!!!!!!!
Disinilah "turning point" atau titik kesedaran saya bermula. Perlahan-lahan, saya cuba mengubah diri ke keadaan yang lebih baik. Saya elakkan makan malam. Saya kurangkan pengambilan nasi. Saya cari info2 tentang cara-cara menurunkan berat badan dan cuba memahami dan mempratikkannya. Saya elakkan minum air manis, dengan cara tidak memesan minuman semasa makan di tempat kerja saya. Kemudian, saya minum air masak antara setengah jam atau sejam selepas makan. Hinggakan pakcik kantin tempat saya bekerja selalu menyakat yang saya ada amalkan ilmu, sebab tu tak order air masa makan dan tak minum air lepas makan. Saya biarkan saja, dan senyum malah kadang-kadang ketawa geli hati bila disakat begitu. Memang saya kawal pengambilan air manis. Tapi masa ni, saya belum mula amalkan senaman. Bukan tak pernah cuba bersenam, malah pernah join kelas aerobik masa tahun 2008 dan 2009, tapi berat tak turun..cuma maintain sebab tak jaga pemakanan..
Bulan Februari 2012, saya menyertai lawatan tempat kerja saya ke Singapore...saya memang fobia nak tangkap gambar masa tu, sebab saya rasa sangat-sangatla gemuk masa tu. Tapi ada beberapa gambar dalam fb yang di'tag' oleh kawan-kawan. Bila saya tengok gambar-gambar tu, MASYAALLAH...GEMUKNYA AKU...itulah yang terlintas dalam benak fikiran saya...Aku mesti BERUBAH...saya berazam..
Sejak itu, saya teruskan usaha saya untuk mencapai BMI yang NORMAL dan STABIL dengan mengambil langkah-langkah yang saya nyatakan dia atas. Saya selalu juga google dalam internet tentang kisah-kisah orang yang berdepan masalah KEGEMUKAN dan OBESITI dan berjaya dalam perjuangan mereka mengurangkan berat badan. Kisah-kisah mereka semua menjadi sumber inspirasi untuk saya terus berjaya dalam misi saya. Hati saya semakin YAKIN dan berbunga-bunga.Insyaallah, kalau orang lain BOLEH, aku pun PASTI BOLEH..Tak terbayang rasanya betapa gembiranya saya jika impian dan matlamat saya menjadi KENYATAAN akhirnya..pastinya rasa kepuasan yang amat sangat, kerana berjaya mengubah diri ke arah lebih baik...
Sehinggalah, bulan Ogos 2012, seminggu selepas raya puasa saya tergerak hati untuk menyertai semula kelas aerobik yang telah lama saya tinggalkan. Minggu pertama join, memang megah dibuatnya tapi lama-kelamaan stamina saya semakin baik. Bila saya naik tangga bertingkat-tingkat, rasa megah semakin kurang malah kadang-kadang bila keadaan kerja saya memerlukan saya bergerak pantas, saya boleh berlari dalam keadaan memakai baju kurung dan kasut wedges dengan tumit setinggi 2 inci...hahaha..kelakarkan..tak dapatla nak dibayangkan betapa buruknya berlari dalam keadaan begitu, namun apakan daya kadang-kadang keadaan memaksa.
Walaupun pada masa ini, penurunan berat badan tidaklah terlalu banyak..namun rakan-rakan sekerja mula menegur perubahan diri. Kata mereka saya sudah nampak semakin kecil sedikit...Malah kakak pembantu makmal pun ada menegur sampaikan diaorang ada bertanya tentang kelas aerobik yang saya ikuti. Kata diaorang "akak pun macam teringin nak join jugak"..Kawan-kawan sekerja lelaki pun ada yang menegur perubahan saya, dan saya rasa agak segan juga..Tapi saya ambil itu sebagai komen positif dan ikhlas daripada teman-teman..
Saya teruskan jaga pemakanan sambil aerobik dan elak makan malam bermula seminggu selepas raya puasa sehinggalah bulan OKTOBER...
Bila bulan NOVEMBER bermula, saya tukar aerobik kepada 'BRISK WALKING' setiap hari kecuali sabtu..Saya ambil cuti sehari bagi merehatkan otot-otot kaki dan memberi masa kepada badan untuk membaik pulih tisu..Tidak dinafikan, mula-mula agak sukar saya nak membiasakan diri dan cepat rasa penat..Tapi lama-kelamaan, saya semakin selesa dan setiap pagi saya akan sasarkan untuk berjalan sebanyak 10,000 langkah dan dikira dengan alat yang saya beli namanya STEPOMETER..memang alat ni saya dah beli awal-awal untuk memastikan misi dan visi saya tercapai dan berterusan..dan bila kita buat sesuatu dengan menetapkan SASARAN dan MATLAMAT, kita memang akan jadi lebih BERSEMANGAT..Mak dan ayah saya pun dah faham yang tiap-tiap pagi saya akan keluar brisk walking dan menyokong penuh usaha saya...Alhamdulillah, syukur ada ibu-bapa yang memahami dan sentiasa memberi galakan pada saya untuk memperbaiki diri...
Dan sekarang saya SEDAR, untuk mengubah diri memerlukan usaha berterusan, semangat yang kuat dan keinginan dari dalam diri sendiri..Tiada orang yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri. Dan yang paling penting JANGAN CEPAT PUTUS ASA..memang tidak dinafikan kadang-kadang bila usaha lambat membuahkan hasil, saya juga rasa putus asa dan lemah semangat..namun jika kita biarkan perasaan itu menguasai diri, sampai bila pun kita tidak akan berubah ke arah yang lebih baik ...Niatkan perubahan yang kita lakukan adalah untuk mencapai tahap KESIHATAN yang lebih baik, meningkatkan KEYAKINAN diri dan memperbaiki PENAMPILAN supaya rasa lebih 'presentable' di khalayak ramai..Dan sentiasalah berdoa kepada Allah agar Dia mempermudahkan usaha kita...
TERUSKAN USAHA, REMEMBER "
HARD WORKS ALWAYS PAYSOFF AND THE FEELING IS UNDESCRIBEABLE"
"Kerja Keras Pastinya Memberi Hasil Yang Berbaloi dan Perasaan Mencapainya Sukar Digambarkan dengan Kata-Kata"