Dah beberapa hari saya tak update blog, sebab saya dah berhenti buat 'brisk walking' sejak selasa atas sebab ada urusan kerja dan perlu pulang ke ipoh...
Kerja tengah banyak ni, tapi sebab tak tau nak mula dari mana, so apa kata update dulu aktiviti terbaru saya..iaitu saya dah beli n cuba guna alat senaman yang namanya stepper..
Alat senaman stepper ni harganya taklah semahal mana..rm199 sahaja kat fitness concept..sekadar kemampuan saya la..nak beli alat senaman yang besar-besar macam treadmil atau elliptical memang tak termampu sebab ribu-ribu harganya..sayang pulak nak habiskan ribu-ribu beli benda tu, banyak lagi keperluan lain duit tu boleh digunakan..tapi kalau anda yang berkemampuan tak ada salahnya membeli alat senaman yang mahal-mahal..pelaburan untuk kesihatan diri yang lebih baik jika kita konsisten guna...
Ada beberapa sebab saya beli stepper ni, antaranya
~ Boleh digunakan dalam rumah
~ Mudah untuk digunakan dan diangkat ke mana-mana
~ Stepper ni fokuskan exercise untuk bahagian kaki terutamanya paha, pinggul dan betis(saya memang nak kecikkan paha dan punggung)
~ Sebagai ganti kepada 'brisk walking' sebab mula januari ni saya dah tak berada di kampung
~ Boleh tingkatkan daya tahan kardiovaskular
Kat bawah ni, saya postkan gambar stepper;
ini baru kotaknya |
harga tertera rm199 |
inilah home stepper |
yang 800 tu bilangan berapa kali kita pijak, 17:58 tu masa berapa lama kita workout |
114.2 kcal menunjukkan berapa kalori dibakar |
Dan minggu ni saya rasa happy sangat, sebab bila jumpa kawan-kawan (dah 5 minggu tak jumpa sebab cuti sekolah) , ramai yang tegur saya dah slim..seronok sangat..alhamdulillah akhirnya nampak jugak perubahan n berhasil jugak sikit usaha saya...tapi yang peliknya tengok penimbang cuma turun 3 kg ja..so saya mula-mula ingatkan perubahan saya tak la ketara sangat sampai orang boleh nampak..tapi kawan-kawan ramai yang tegur..alhamdulillah sangat...
Insyaallah, saya akan teruskan usaha saya lagi dengan KONSISTEN sampaila mencapai matlamat yang saya hajatkan..amin...
hai.. boleh tnye.. fitness concept kat mana tu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTrims..
ReplyDeleteArtikelnya sangat membantu sekali..dan untuk gerakan senam Aerobik ini ada berapa macam?....dan untuk ibu hamil apakah boleh memakai baju senam terbaru ?..
mohon pencerahnnya..