Wednesday, 5 December 2012

2 Days Diary Update....

Sebelum saya update rekod usaha saya, let's enjoy some mesmerizing views...






I love this view..subhanallah..

Hasil usahaku...5/12/12

8560 langkah

5.13 km

251.6 kcal

Usahaku hari ni..6/12/12

10,903 langkah

6.54km

320.5 kcal
Masuk minggu ni, sudah minggu ketiga saya 'brisk walking' setiap pagi..Alhamdulillah, masih konsisten. Kadang-kadang memang terasa juga nak give up tambah2 bila tengok dekat weighing scale tak ada perubahan, tapi saya teruskan jugak and i always say to myself " `Setiap kegigihan pasti ada ganjarannya"..dan saya bayangkan gambar-gambar orang yang berjaya capai berat badan yang normal selepas berusaha melawan kegemukan dalam blog Kevin Zahri..dan ternyata cara tu berkesan untuk terus memotivasikan saya supaya konsisten berusaha...

Antara perkara yang masih saya cuba amalkan dengan konsisten and i always bear in my mind to follow it as much as i could are:

  • Makan nasi dengan kadar segenggam sahaja sekali makan dan ambil dua kali sehari sahaja.
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat
  • Elakkan  minum air manis
  • Minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak setiap hari
  • Brisk walking setiap hari kecuali sabtu atau hari ada hal kecemasan sebanyak 3 pusingan dengan sasaran 10,000 langkah secara konsisten setiap hari
  • Minum susu low fat untuk menjaga tulang dan sendi 
  • Makan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil setiap kali makan, untuk tingkatkan metabolisme badan
  • Memotivasikan diri setiap hari untuk berubah ke keadaan yang lebih baik dari segi kesihatan, penampilan, keyakinan diri dan sikap...amin...

so, CAIYOK!!!!!!

Semoga 2013 yang bakal menjelang akan membawa sinar baru buat saya dan saya akan melangkah ke tahun 2013 dengan KEYAKINAN diri yang baru...Insyaallah...


No comments:

Post a Comment