Walaupun dah lama tak menulis kat sini disebabkan kekangan masa dan aktiviti2 hidup yang macam2, saya sebenarnya masih lagi MENERUSKAN MISI MENGURANGKAN BERAT BADAN untuk dapat BMI yang saya idam-idamkan...
Moga-moga tahun ni, tercapailah keinginan saya sekian lama tu...dan dapatla merasa balik berat badan 55kg semula macam zaman muda2 remaja dolu-dolu...hihi...
Ringannya badan kalau dapat berat tu...tapi kalau boleh nak la sampai 50kg...bukan apa, supaya berat ni susah nak naik banyak lagi..
Semalam rasa teruja dan semangat sangat baca kisah sorang adik ni nama dia Zareda Tokeman yang berjaya kurangkan berat badan dari 80kg ke 56kg dalam masa 17 bulan. Seronoknya tengok orang berjaya capai matlamat nak kurangkan berat badan..TAHNIAH! hihihi..
kalau ikutkan dia hilang 24kg dalam masa 17 bulan, bila kira guna kalkulator purata dia hilang berat badan lebih kurang 1.4kg sebulan..memang masa yang diambil agak lama, lebih setengah tahun sebab dia guna cara semulajadi..
Kat bawah ni tips yang dia kongsikan untuk turun berat badan;
Ada 8 TIPS semuanya...
Tips-tips ketika menurunkan berat badan:
- Ganti semua air manis dengan air masak.
- Kira kalori pemakanan, setiap kali membeli makanan di pasar raya,rajin-rajinkan membaca label pemakanan di belakang bungkusan.
- Saya amalkan brisk walking,iaitu berjalan laju-laju selama sekurang-kurangnya satu jam sehari.
- Jangan makan makanan berat waktu malam,makan sebelum pukul 7 malam selewat-lewatnya 8 malam.
- Cukup tidur. Selalu lewat tidur waktu malam menyebabkan keinginan untuk makan lebih.
- ‘Cheat Day’ =Have a day to reward yourself with an icecream or a slice of cake, if you continue your diet your body will burn the fat slowly because it will think that you are in a starvation mode, so have a day in a 1 or 2 weeks to reward yourself.
- Kemas rumah, sangat mudah,rumah kemas badan pun sihat.
- Rajinkan diri membaca tentang cara menurunkan berat badan dan jadi lebih sihat secara fizikal dan mental.
so caiyok!!!!!
No comments:
Post a Comment