Hari ni dah masuk bulan April, cepat betul masa berlalu..rasa macam baru saja melangkah ke 2012 tup2 dah masuk bulan April
Hari ni asalnya saya plan nak beli sahaja makanan kat kedai, tapi bila fikir-fikir balik lebih baik masak sendiri. Sebab bila saya masak sendiri, biasanya lebih mudah saya kawal kuantiti makanan yang masuk dalam badan saya. Kalau beli di luar, mesti akan rambang mata dan beli banyak makanan. Bila tak habis makan, nak dibuang rasa sayang pulak...Jadi sebab tak nak membazir, mesti akan makan juga. Kesannya saya akan makan berlebihan dan pengambilan kalori saya pun akan lebih daripada yang sepatutnya.
Saya pernah baca, jika kita ingin mengurangkan berat badan sebanyak 1 kg seminggu, kita mesti kurangkan 500kcal daripada pengambilan kalori harian badan kita atau dipanggil Daily Calorie Requirement (DCR). Nak kira DCR ni senang saja, google saja perkataan ni dan kita akan jumpa DCR calculator yang akan kira DCR kita berdasarkan tinggi, berat, umur, jantina dan aktiviti harian.
Contohnya jika DCR harian saya ialah 1700kcal, maka saya perlu kurangkan pengambilan kepada 1200kcal sehari jika ingin menurunkan berat badan 1kg seminggu.
Menu saya hari ni
gambar dari google, bukan snap yang saya masak |
Breakfast 9.00 a.m
Omellete sardin
(2 biji telur + 2 ketul ikan sardin dihancurkan + 1 sosej dipotong nipis-nipis)
Milo panas 1 mug
Lunch 2.00 p.m
Nasi putih 1 mangkuk
Telur masak sambal 1 biji + kuah sambal
Ayam goreng perisa blackpepper 1 ketul
Air masak
Itu saja saya makan hari ni, still rasa kenyang sampai sekarang..malam ni maybe just minum laxative tea ja kot untuk bersihkan usus...
No comments:
Post a Comment