Monday 2 April 2012

Menu 2/4/12

Bangun tidur pagi tadi, selepas mandi saya terus timbang...alhamdulillah turun 1 kg mengikut sasaran saya..Jadi setakat ni saya berjaya capai sasaran untuk turun 1kg seminggu...Harap-harap perubahan positif ni akan berterusan..



Breakfast
Nasi goreng (masak sendiri) 1 mangkuk
Sosej rebus 1 ketul

Lunch 1.00 p.m
Omelette sardin ( 2 biji telur + 1 ketul sardin dihancurkan)
Sosej rebus 2 ketul

Dinner (agak awal lbh kurang 4 p.m)
Nasi goreng (masak sendiri) 1 senduk
Ikan keli sambal 1 ekor (tanpa kuah)

Malam 8 p.m
Milo panas 1 mug

Saya kira pengambilan kalori hari ni lebih kurang 1300kcal. Dan keperluan kalori harian saya (DCR) sepatutnya ialah 1764. Jadi saya berjaya kurangkan kalori yang sepatutnya saya ambil. Dan hari ni saya beli penimbang kecil (penimbang tepung) untuk mengukur dengan lebih tepat berat makanan sebelum dimasak atau dimakan. Dengan cara tu, saya boleh kira pengambilan kalori harian dengan lebih tepat.



Hari ni saya agak sibuk ke hulu ke hilir mencari barang..Kebetulan pagi tadi kereta buat hal, tak boleh start. Baterinya dah habis. Memang bateri kereta saya sudah agak lama digunakan sejak pertengahan 2009 lagi. Mujurlah rumah dengan tempat kerja tidak jauh, jadi saya telefon kawan minta tumpang ke tempat kerja. Selepas balik, terus telefon mekanik minta gantikan bateri yang baru.

Esok bakal jadi hari yang sibuk untuk saya. Harap-harap kesibukan ni dapat juga sedikit sebanyak membantu saya kurangkan berat badan.

No comments:

Post a Comment