Sunday 27 January 2013

Still Keep Going..






Walaupun dah lama saya tak update aktiviti senaman saya, sebenarnya saya masih mengekalkan rutin bersenam saya..Saya akan bersenam juga stepper atau beraerobik pada setiap isnin, rabu dan jumaat. Kalau tak ada kelas aerobik, saya akan gunakan stepper untuk bersenam.

Dai segi pemakanan, saya tetap makan nasi tetapi kurangkan. Kadang-kadang sekali sehari saja, iaitu semasa di tempat kerja. Sebab kerja saya banyak bergerak dan naik turun tangga, jadi memang memerlukan nasi untuk membekalkan tenaga. Kalau tak makan nasi, memang tak bertenaga rasanya.

Kemudian, waktu tengahari saya akan makan sebiji kuih yang saya beli dari kantin tempat kerja sebagai melapik perut, sebab biasanya antara pukul 8-9 pagi saya dah makan nasi beserta lauk pauk.

Balik kerja, waktu petang dan malam kadang-kadang saya akan minum susu low fat saja untuk mengalas perut. Mula-mula memang susah, tapi bila dah biasa, saya dah tak rasa lapar bila waktu petang dan malam. Minum susu tu selain untuk lapik perut, juga untuk tingkatkan metabolisme badan sebab kalau makanan tak masuk langsung dalam badan dalam tempoh yang lama, metabolisme badan akan turun dan akan merencatkan proses penurunan berat badan. Biasanya saya akan minum susu low fat 3-4 kali sehari, dengan kadar segelas sekali minum. Pagi sekali, dalam pukul 7, petang dalam pukul 3, pukul 7 malam dan kalau rasa lapar sekali lagi sebelum tidur.

Tapi kadang-kadang, saya makan juga makanan lain bila teringin nak makan pada waktu petang. Cuma saya hadkan makan sebelum pukul 7 malam dan saya kurangkan karbohidrat dan lebihkan protein untuk memberi rasa puas makan dan kenyang.

Berat saya sudah menurun lagi 2 kg dalam bulan Januari ni, harap-harap penyusutan berat ni akan berterusan sampaila mencapai matlamat yang saya inginkan.


Thursday 17 January 2013

Dah lama tak update..

Dah agak lama saya tak update record exercise saya kat sini, tapi saya masih lagi exercise seperti biasa dan kawal pemakanan saya memandangkan sasaran saya masih jauh lagi...zso, kena teruskan usaha tanpa mengenal jemu...cuma sejak akhir-akhir ni saya rasa badan saya sangat susah nak turunkan berat, mungkin dah capai tahap plateau di mana badan sudah mula membiasakan diri dengan keadaan..tapi apa-apa pun yang penting, jangan putus asa..

Ni rekod semalam, 17.1.2013

Exercise pagi sikit lepas tu sambung petang sikit..

900 steps, 21:17 minit

128.5 kcal kalori terbakar

1100 steps, 22:39 minit

157.1 kcal kalori terbakar


Wednesday 9 January 2013

Artikel Pembakar Semangat Tentang Kebaikan Menggunakan Stepper..

Tajuk artikel tersebut adalah: MINI STEPPER RESULT
 Bila saya baca artikel ni, semakin bersemangat rasanya nak exercise menggunakan stepper..insyaallah..caiyok..

According to a study by Dr. James Levine that was reported in the "British Journal of Sports Medicine," you could burn 100 calories per hour using a stepper. Stepping machines are very popular in gyms, but they can be too bulky for those wishing to exercise at home. A mini stepper is a smaller, portable version of this machine.

Mini Stepper

A mini stepper machine is constructed from a lightweight steel tube frame and is approximately two feet in length. It has two foot plates with a grippy rubber surface on which to stand. Using your legs, downward pressure is applied to each plate with a variable hydraulic pump underneath providing the resistance. This low impact movement simulates climbing stairs.

Toned Thighs

A mini stepper has a vertical, up and down motion. This motion uses the muscles of the legs, in particular the quadriceps, says fitness expert Tina Juan. Advanced mini steppers also feature a twisting action of each foot plate. According to Diet and Fitness Resources, this movement enhances your thigh toning workout by engaging more of the muscles in your thighs, trimming the inner thighs and toning the outer thighs.

Toned Butt

The butt, or the glutes, as it is often referred to, is made up of three muscles. The gluteus maximus, the gluteus medius and the gluteus minimus. Exercising on a mini stepper works all three of these muscles together, as they are activated when you press your feet down on the plates. To enhance your glute shaping efforts, Muscle and Fitness Hers suggests pushing through your heels instead of the balls of your feet when stepping.

Improved Cardiovascular System

Exercising regularly on a mini stepper can greatly improve your cardiovascular system and fitness. If the use of hand weights is included, both upper and lower bodies can be exercised at the same time. Stepping up and down while pumping hand weights is a low impact form of total body aerobic exercise, says the U.S National Library of Medicine.

Considerations

Mini stepper machines are generally designed for home use and are not found in most gyms. Many people require the energetic atmosphere of a busy gym for motivation and find exercising at home a challenge. This should be taken into consideration when determining possible results.

Artikel ni diambil dari sini:
 
Update 9.1.2013


1001 steps, 25:01 minit

143.0 kcal kalori terbakar

Tuesday 8 January 2013

Update...7/1/2013 & 8/1/2013...




7.1.2013
1500 steps, 34;04 minit





214.2 kcal kalori terbakar
8.1.2013

1000 steps, 25:45 minit

142.8 kcal kalori terbakar
Tak taula pasal apa sekarang berat badan makin susah nak menurun..haish..tak boleh jadi ni..tercapai ke matlamat bulan februari ni?

Saturday 5 January 2013

DINNER malam ni..TOMYAM pelik skit..campak2 je bahan2nya..

Malam ni tiba-tiba rasa lapar, niat tak nak makan tapi perut ni masa pukul 7 dah rasa lapar..pikir2 daripada lapar dan makan tengah malam, baik makan dalam 2-3 jam sebelum tidur...so mulalah misi memasak tomyam yang senang dan simple menggunakan apa2 je bahan yang ada dalam peti ais....

Tomyam ni tak la cukup lengkap rencahnya, memang guna apa yang ada saja...sebab nak elak diri makan nasi waktu malam, restoren dekat ja ngan rumah saya..jalan kaki betul-betul depan rumah ni ha...hajat hati mula2 nak makan nasi goreng..tapi pikir2 baikla elak makan nasi malam2 ni..so saya masak la sendiri tomyam pelik skit ni..tapi nak kata healthy sangat pun takla jugak..

Kat bawah ni gambar-gambar masa proses memasak
Bahan-bahannya...

tomato, bawang besar, cili api dan limau nipis

campuran bebola ayam, sosej dan daging burger ayam
Main campak je semua bahan dan perah asam limau, tambah garam dan gula secukup rasa dan biarkan sampai mendidih..


sedang mendidih
Selepas mendidih, saya tambahkan satu setengah kiub tomyam...mudahkan? cara orang tak pandai masak buat tomyam..

sudah siap

makan time

Usaha tanpa jemu lagi..guna stepper..

4.1.2013...

Yang ni saya exercise petang guna stepper..malamnya saya pegi pulak aerobik..memang all outla..dah plan dah dari hujung tahun hari tu lagi,bukak sekolah ni saya akan join aerobik semula dan exercise jugak guna stepper...insyaallah, moga Allah kuatkan semangat saya untuk terus berusaha..


1301 steps, 29:01 minit
185.8 kcal kalori terbakar



5.1.2013...

Memandangkan pagi ni ada meeting, jadi saya tak sempat  nak guna stepper sampai 1000 steps waktu pagi..Guna stepper ni mengah jugak, jadi bila dah mengah sangat dan kaki pun dah rasa lenguh, saya akan berhenti kejap..dan bila dah rasa OK saya sambung balik..pagi ni sebelum mandi dan bersiap untuk pergi meeting saya sempat buat 700 kali exercise guna stepper..

700 steps, 17:04 minit

100 kcal kalori terbakar
Petangnya saya sambung lagi buat 1300 steps exercise guna stepper...tadi tangkap gambar muka saya nampak semakin menembam semula dari hari tu..risaunya...haish, tak boleh jadi ni..kena usaha lagi dan yang pastinya mesti KONSISTEN...

1310 steps, 30:00 minit
187.1 kcal kalori terbakar


Thursday 3 January 2013

caiyok..usaha lagi..tanpa henti..yang penting KONSISTEN...

1.1.2013

1021 steps, 20:44 minit

145.8 kcal terbakar

2.1.2013

1010 steps, 24:32 minit

144.2 kcal kalori terbakar

3.1.2013

1002 steps, 23:17 minit

143.1 kcal kalori terbakar
Ya Allah, kuatkan semangatku..tabahkan hatiku...berkatilah usahaku untuk memperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik...