Sunday 27 January 2013

Still Keep Going..






Walaupun dah lama saya tak update aktiviti senaman saya, sebenarnya saya masih mengekalkan rutin bersenam saya..Saya akan bersenam juga stepper atau beraerobik pada setiap isnin, rabu dan jumaat. Kalau tak ada kelas aerobik, saya akan gunakan stepper untuk bersenam.

Dai segi pemakanan, saya tetap makan nasi tetapi kurangkan. Kadang-kadang sekali sehari saja, iaitu semasa di tempat kerja. Sebab kerja saya banyak bergerak dan naik turun tangga, jadi memang memerlukan nasi untuk membekalkan tenaga. Kalau tak makan nasi, memang tak bertenaga rasanya.

Kemudian, waktu tengahari saya akan makan sebiji kuih yang saya beli dari kantin tempat kerja sebagai melapik perut, sebab biasanya antara pukul 8-9 pagi saya dah makan nasi beserta lauk pauk.

Balik kerja, waktu petang dan malam kadang-kadang saya akan minum susu low fat saja untuk mengalas perut. Mula-mula memang susah, tapi bila dah biasa, saya dah tak rasa lapar bila waktu petang dan malam. Minum susu tu selain untuk lapik perut, juga untuk tingkatkan metabolisme badan sebab kalau makanan tak masuk langsung dalam badan dalam tempoh yang lama, metabolisme badan akan turun dan akan merencatkan proses penurunan berat badan. Biasanya saya akan minum susu low fat 3-4 kali sehari, dengan kadar segelas sekali minum. Pagi sekali, dalam pukul 7, petang dalam pukul 3, pukul 7 malam dan kalau rasa lapar sekali lagi sebelum tidur.

Tapi kadang-kadang, saya makan juga makanan lain bila teringin nak makan pada waktu petang. Cuma saya hadkan makan sebelum pukul 7 malam dan saya kurangkan karbohidrat dan lebihkan protein untuk memberi rasa puas makan dan kenyang.

Berat saya sudah menurun lagi 2 kg dalam bulan Januari ni, harap-harap penyusutan berat ni akan berterusan sampaila mencapai matlamat yang saya inginkan.


No comments:

Post a Comment