Saturday 5 January 2013

DINNER malam ni..TOMYAM pelik skit..campak2 je bahan2nya..

Malam ni tiba-tiba rasa lapar, niat tak nak makan tapi perut ni masa pukul 7 dah rasa lapar..pikir2 daripada lapar dan makan tengah malam, baik makan dalam 2-3 jam sebelum tidur...so mulalah misi memasak tomyam yang senang dan simple menggunakan apa2 je bahan yang ada dalam peti ais....

Tomyam ni tak la cukup lengkap rencahnya, memang guna apa yang ada saja...sebab nak elak diri makan nasi waktu malam, restoren dekat ja ngan rumah saya..jalan kaki betul-betul depan rumah ni ha...hajat hati mula2 nak makan nasi goreng..tapi pikir2 baikla elak makan nasi malam2 ni..so saya masak la sendiri tomyam pelik skit ni..tapi nak kata healthy sangat pun takla jugak..

Kat bawah ni gambar-gambar masa proses memasak
Bahan-bahannya...

tomato, bawang besar, cili api dan limau nipis

campuran bebola ayam, sosej dan daging burger ayam
Main campak je semua bahan dan perah asam limau, tambah garam dan gula secukup rasa dan biarkan sampai mendidih..


sedang mendidih
Selepas mendidih, saya tambahkan satu setengah kiub tomyam...mudahkan? cara orang tak pandai masak buat tomyam..

sudah siap

makan time

No comments:

Post a Comment