Sunday, 1 September 2013

My Biggest Wish This Year..

I want to get marry and have kids...

and of course I need a guy with willpower...
please Ya Allah, do grant me my wish...
and my parents wish too...

Saya sendiri tak pasti kenapa..
tahun ni saya asyik terfikir pasal kawin ja..
sebelum ni saya tak la jenis yang terlalu fikir sangat tentang soal kawin..
masa tahun 2008, 2009, 2010 saya tak nafikan isu kawin ni timbul..
ramai kawan-kawan zaman belajar dulu mula mendirikan rumah tangga
dan rumah saya mula dibanjiri kad kawin kawan-kawan
tapi saya sendiri tak pernah fikir soal kawin
ada yang datang merisik tapi disebabkan hati saya belum terbuka
dan saya tahu saya belum sedia memikul tanggungjawab menjadi isteri dan ibu
maka saya menolak untuk berkahwin dengan alasan tidak bersedia..
ditambah pula dengan keadaan diri yang tiada steady boyfriend
memang langsung tak terlintas di fikiran masa tu

Saya pernah bincang dengan seorang kawan saya tentang isu kahwin ni
Kebetulan dia pun sama seperti saya
Tak terlintas mengenai isu kahwin dalam kepala
sampai kami terfikir "normal tak kami ni?" (hahahaha..terukkan?)

Tak dinafikan hidup bujang memang seronok
Apatah lagi bila ada duit sendiri
Tapi saya bersyukur masa saya bujang
Banyak masa saya dimanfaatkan bersama keluarga (terutamanya mak dan ayah)

Tapi sekarang seolah-olah sudah sampai seru
Lagipun saya sendiri sudah kasihan mendengar mak ayah meminta saya berkahwin
Sebelum ni hajat mak dan ayah nak ke Mekah
dan hajat tu dah tercapai bila mak dan ayah dapat menunaikan umrah awal tahun ini
Mak dan ayah cakap hajat seterusnya ialah teringin nak tengok saya kahwin
Saya buat dengar tak dengar je bila ayah cakap
Tetapi sebenarnya dalam diam-diam saya rasa sebak bila ayah cakap macam tu
Terfikir dalam hati, macam manala saya nak tunaikan hasrat ayah
Sedangkan calonnya pun saya belum ada
Dan selepas putus cinta kali kelima, saya memang pernah menangis teresak-esak sorang-sorang sebab saya sedih sangat
Saya rasa saya dah mencuba sedaya upaya tapi tetap gagal
Saya rasa cemburu melihat orang lain yang mudah saja jalan percintaannya menuju ke perkahwinan dan akhirnya ada keluarga yang bahagia
Lebih cemburu lagi bila tengok baby-baby yang comel (walaupun bila terfikir tentang bersalin ada terselit perasaan takut)

Jadi saya secara tak langsung saya buat persediaan diri
Saya beli buku tentang pregnancy 'What To Expect When You Are Expecting"
sebagai persediaan mental dan pengetahuan
Saya beli buku tentang perhubungan
Saya cuba positifkan minda tentang perkahwinan
Saya cari maklumat tentang apa yang perlu dibuat bila tahu kita dah mengandung dan sebagainya
Saya tanya pengalaman kawan-kawan yang dah melaluinya
Sebab saya tahu perkara pertama yang saya inginkan dari sebuah perkahwinan
Ialah baby yang comel, walau macam mana takut sekalipun saya nak menghadapi proses kelahiran nanti

Saya sendiri rasa saya sudah bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan kewangan untuk berkahwin dan mampu menghadapi cabaran berumahtangga dan bertolak ansur dalam rumah tangga
Oleh itu, saya harap tahun ni Allah temukan dan permudahkanlah urusan jodoh saya
Mungkin ini yang dikatakan orang maksud "sudah sampai seru"
Sampai satu tahap kita rasa kita sudah bersedia untuk ke arah itu
Cuma saya mohon Allah tetapkanlah hati saya untuk berkahwin walau apa jua cabaran dan rintangannya sebelum saya kahwin
Dan kali ni setelah gagal juga dalam perhubungan untuk kali kelima
Saya memang bertekad dalam hati
Saya ingin berkahwin dan mempunyai anak sendiri
Oleh itu, kalau ada pinangan dari lelaki yang baik tahun ini
In Shaa Allah saya akan terima
dan saya tak akan berfikir kedua kali lagi dah
Cukuplah apa yang telah saya harungi dulu
Impian-impian palsu yang tidak kesampaian
Saya tak mahu lagi menoleh ke belakang dan melihat masa silam

Saya ingin bergerak ke hadapan
Menghadapi segala cabaran, rintangan dan kebahagiaan
Apa pun yang berlaku selepas ini saya anggap sebagai sedikit ujian untuk mencapai kebahagiaan dan kepuasan hidup
Saya berazam kali ini saya akan terus berjuang ke hadapan
Meninggalkan masa-masa silam yang tidak kesampaian
Membina kehidupan baru dengan penuh semangat dan kebahagiaan
Cuma saya mohon sekarang pada Allah
Temukanlah saya dengan cinta sejati, jodoh peneman hidup yang terbaik
Sesungguhnya saya berserah dan memohon hanya padaNya

Saya juga berharap moga penyakit kanser mak saya sembuh
Dan ayah juga semakin sihat (ayah diserang strok bulan Jun lalu)
Dan moga rezeki adik saya dan isterinya makin melimpah ruah
Moga saya juga Allah beri kesihatan yang baik
Agar boleh saya jaga diri saya sendiri sebaiknya dan
jaga orang lain
Dan bahagiakanlah kehidupan kami
Serta limpahkanlah rahmat dan rezekimu buat kami

Permudahkanlah Ya Allah

p/s : Saya suka menulis sebab saya rasa dengan menulis, saya mengekspresikan semua perasaan dan keinginan saya..
Moga segala impian jadi kenyataan

No comments:

Post a Comment