Tuesday, 3 September 2013
Sometimes, it's not all about money...
Duit, duit, duit
Saya tak nafikan saya tergolong dalam golongan yang suka mencari duit
Dengan duit saya boleh menjamin kesejahteraan diri dan keluarga
Dengan duit peluang hidup boleh dinikmati lebih baik
Dengan duit boleh merapatkan silaturrahhim
Dengan duit boleh membantu diri sendiri dan orang lain
Tapi tak semua yang kita lakukan semata-mata kerana duit
Saya sukakan kerjaya saya dan duit yang saya peroleh dari kerja saya
Walaupun kerjaya saya tidaklah memberi kemewahan dunia
Yang saya inginkan seperti yang pernah diimpikan berbelas tahun lalu
Tapi ada satu kepuasan yan lain dalam kerjaya saya
Suatu kepuasan menatap wajah anak-anak yang sedang membesar
Yang dahagakan ilmu
Yang dahagakan kasih sayang dan perhatian
Kadangkala memang kenakalan dan kebiadapan segelintir anak remaja
Mengundang rasa kemarahan dalam hati
Tapi marah saya bukan kerana benci
Marah saya kerana ingin mendidik dan memperbetulkan keadaan
Dan itulah manisnya kerjaya saya
Memberi, memberi dan memberi untuk anak bangsa
Bila memberi, hati lebih bahagia daripada menerima
Terbit kepuasan dalam hati
Bila mana sikap-sikap anak-anak didikku
Berubah ke arah lebih positif
Mengajar memang mudah
Tapi mendidik lebih payah
Namun manisnya mendidik lebih indah
It's true..so true..
Sometimes, it's not all about money...
But it doesn't mean I cannot find more money
There's a lot of ways u can find money
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment