Tuesday, 2 April 2013

Sudah Lama Tak Menulis Kat Sini...

Hadoi...dah lama tak menulis kat blog ni...kesian, dah berhabuk blog ni...macam tak bertuan..

Walaupun dah lama tak menulis kat sini disebabkan kekangan masa dan aktiviti2 hidup yang macam2, saya sebenarnya masih lagi MENERUSKAN MISI MENGURANGKAN BERAT BADAN untuk dapat BMI yang saya idam-idamkan...

Moga-moga tahun ni, tercapailah keinginan saya sekian lama tu...dan dapatla merasa balik berat badan 55kg semula macam zaman muda2 remaja dolu-dolu...hihi...

Ringannya badan kalau dapat berat tu...tapi kalau boleh nak la sampai 50kg...bukan apa, supaya berat ni susah nak naik banyak lagi..

Semalam rasa teruja dan semangat sangat baca kisah sorang adik ni nama dia Zareda Tokeman yang berjaya kurangkan berat badan dari 80kg ke 56kg dalam masa 17 bulan. Seronoknya tengok orang berjaya capai matlamat nak kurangkan berat badan..TAHNIAH! hihihi..

kalau ikutkan dia hilang 24kg dalam masa 17 bulan, bila kira guna kalkulator purata dia hilang berat badan lebih kurang 1.4kg sebulan..memang masa yang diambil agak lama, lebih setengah tahun sebab dia guna cara semulajadi..

Kat bawah ni tips yang dia kongsikan untuk turun berat badan;
Ada 8 TIPS semuanya...
Tips-tips ketika menurunkan berat badan:
  1. Ganti semua air manis dengan air masak.
  2. Kira kalori pemakanan, setiap kali membeli makanan di pasar raya,rajin-rajinkan membaca label pemakanan di belakang bungkusan.
  3. Saya amalkan brisk walking,iaitu berjalan laju-laju selama sekurang-kurangnya satu jam sehari.
  4. Jangan makan makanan berat waktu malam,makan sebelum pukul 7 malam selewat-lewatnya 8 malam.
  5. Cukup tidur. Selalu lewat tidur waktu malam menyebabkan keinginan untuk makan lebih.
  6. ‘Cheat Day’ =Have a day to reward yourself with an icecream or a slice of cake, if you continue your diet your body will burn the fat slowly because it will think that you are in a starvation mode, so have a day in a 1 or 2 weeks to reward yourself.
  7. Kemas rumah, sangat mudah,rumah kemas badan pun sihat.
  8. Rajinkan diri membaca tentang cara menurunkan berat badan dan jadi lebih sihat secara fizikal dan mental.
Kalau nak baca cerita keseluruhan, klik kat sini http://kevinzahri.com/blog/success-stories/weight-loss-success-stories/zareda-tokeman-berjaya-kurangkan-24kg-dalam-17-bulan/

so caiyok!!!!!

Sunday, 3 February 2013

Selera Makan Sudah Tidak Seperti Dulu Lagi..

Hari ni saya terjumpa balik diari makanan saya masa saya mula-mula berdiet dulu. Masa tu saya cuba catat apa yang saya makan setiap hari dalam sebuah buku.."food log" saya.. Bila baca balik, sungguh tak sangka..BANYAK SUNGGUH yang saya makan dalam sehari dulu..memang patutla badan naik bagai dipam-pam pun..

Ini antara coretan saya dulu..

13/10/11

Breakfast
Roti coklat gardenia

Lunch
Nasi + begedil 1 ketul
Kuah + Ikan keli
keropok lekor 2 keping

Snack
Keropok lekor 3 keping

Snack lagik..hihi
Jambu air 2 potong

Dinner
Nugget 4 pieces + Keropok kering
Biskut weetameel + Milo

Supper
Bihun tomyam..

Banyak kan? Makan macam naga..tak sihat sungguh corak pemakanan saya dulu..

14/10/11

Breakfast
Nasi lemak + Sambal Ikan Bilis + Telur goreng

Lunch
Roti Arab + Kuah kari + daging

Snack
Keropok Ikan

Dinner
Milo
Biskut Weetameel
Keropok Ikan

31/10/11

Breakfast
Milo
Egg waffle gardenia 1 piece

Lunch
Nasi goreng
Telur rebus masak sambal
Keropok lekor 5 keping

Snack
Kek lapis  5 slices (kecil sangat slicesnya)

Dinner
Nasi goreng
Ikan goreng
Teh ais
Keropok lekor 5 keping

Ini antara apa yang saya catat dulu dalam food log saya..bila dilihat semula memang banyak sangat saya makan..especially time dinner tu yang sangat menambah berat badan.

Sekarang, selera makan say sudah tidak seganas dulu..Terutamnya waktu makan malam, nasi bukan lagi jadi pilihan. karbohidrat memang saya kurangkan pengambilan. Saya tetap makan nasi tapi waktu pagi atau tengahari saja..waktu-waktu lain, kadang-kadang saya sendiri sudah tidak berapa bernafsu untuk makan nasi..

Susu low fat juga sudah jadi rutin harian dan minum 2 liter air setiap hari adalah wajib bagi saya. Jika dulu saya memang kurang minum air, hanya bila dahaga saja tapi kini saya disiplinkan diri minum 2 liter air setiap hari. Saya juga bukan penggemar susu suatu masa dulu, tapi bila saya mula bersenam dan rasa sakit-sakit pada sendi selepas bersenam, saya mula amalkan minum susu low fat setiap hari. Hasilnya, alhamdulillah sakit sendi saya akibat bersenam sudah hilang..

Harap-harap perubahan saya ni berterusan dan akan membawa kesan POSITIF pada diri saya untuk jangka masa panjang..





IT'S TRUE...So true..LIFE IS A JOURNEY, NOT A DESTINATION..


Life is a journey, not a destination..
For all ups and downs..
For all happiness and sorrows..
For all success and failure..
For all jokes and laughter..
For all sadness and cries..
For all worries and cheerfullnes..
For all heart broken that I've felt..
For all the families around..
For all the friends that surrounds..
For all the foes that fights..
For all the lovers that has gone..
For all the relationships that stay..
For all the love that gone..
For all the stubbornness and nonsense..
For all the give and take..
For all the quarrel and fight..
For all the love that I get..
For all the struggles that I got through..
For all the dreams that I've achieved..
For all the dreams that I can't accomplished..

 Thanks to all the people that came into my life, some stays forever, some just passed in my life for a moment of time, some pours the colours of happiness, some pours the colours of pain and heart broken..Thanks you for putting colours in my life..Whether it's good or bad..all of them are my treasure...for it's making me happier, for it's making me stronger, for it's making me grow up...

Thanks to all of YOU in my life...


Saturday, 2 February 2013

Adoi..sakit otot paha...

Semalam merupakan hari yang sangat sibuk buat saya..Memang rushing betul..Badan keletihan tapi masih nak ber aerobik jugak..bukan apa, kalau dah tertinggal sekali nanti badan rasa berat dan liat nak bersenam dan kesannya sampai hari ni saya rasa sakit kat bahagian otot paha. Ini mungkin kesan senaman squat yang saya buat kat kelas aerobik semalam.

Sambil guna dumbell, kami buat senaman squat selepas buat asas pergerakan aerobik. Mula-mula memang ok, tapi bila dah ulang beberapa set baru terasa kesannya kat otot paha. Memang nak jalan pun akan terasa sengal-sengal sikit terutama kat bahagian paha dalam.Mujurlah tak sakit sangat, kalau tak susah jugak saya nak naik turun tangga masa pergi kerja hari isnin nanti.

So, hari ni saya tak exercise sebab biarkan otot saya baik pulih diri dia dulu sekejap. Nanti, kalau paksa-paksa sangat lain pulak jadiknya, makin sakit dan tak boleh jalan pulak. Susah pulak nak kerja nanti..Apa-apa pun, bersenam pun mesti ada batasannya. Jangan terlalu memaksa otot sangat. Kadang-kadang otot pun perlu berehat jugak...Buat anda yang sama macam saya kat luar sana, yang tengah struggle nak kurangkan berat badan dan capai BMI normal..jom yuk..sama2..kuatkan semangat..mesti BOLEH punyalah..


Sunday, 27 January 2013

Still Keep Going..






Walaupun dah lama saya tak update aktiviti senaman saya, sebenarnya saya masih mengekalkan rutin bersenam saya..Saya akan bersenam juga stepper atau beraerobik pada setiap isnin, rabu dan jumaat. Kalau tak ada kelas aerobik, saya akan gunakan stepper untuk bersenam.

Dai segi pemakanan, saya tetap makan nasi tetapi kurangkan. Kadang-kadang sekali sehari saja, iaitu semasa di tempat kerja. Sebab kerja saya banyak bergerak dan naik turun tangga, jadi memang memerlukan nasi untuk membekalkan tenaga. Kalau tak makan nasi, memang tak bertenaga rasanya.

Kemudian, waktu tengahari saya akan makan sebiji kuih yang saya beli dari kantin tempat kerja sebagai melapik perut, sebab biasanya antara pukul 8-9 pagi saya dah makan nasi beserta lauk pauk.

Balik kerja, waktu petang dan malam kadang-kadang saya akan minum susu low fat saja untuk mengalas perut. Mula-mula memang susah, tapi bila dah biasa, saya dah tak rasa lapar bila waktu petang dan malam. Minum susu tu selain untuk lapik perut, juga untuk tingkatkan metabolisme badan sebab kalau makanan tak masuk langsung dalam badan dalam tempoh yang lama, metabolisme badan akan turun dan akan merencatkan proses penurunan berat badan. Biasanya saya akan minum susu low fat 3-4 kali sehari, dengan kadar segelas sekali minum. Pagi sekali, dalam pukul 7, petang dalam pukul 3, pukul 7 malam dan kalau rasa lapar sekali lagi sebelum tidur.

Tapi kadang-kadang, saya makan juga makanan lain bila teringin nak makan pada waktu petang. Cuma saya hadkan makan sebelum pukul 7 malam dan saya kurangkan karbohidrat dan lebihkan protein untuk memberi rasa puas makan dan kenyang.

Berat saya sudah menurun lagi 2 kg dalam bulan Januari ni, harap-harap penyusutan berat ni akan berterusan sampaila mencapai matlamat yang saya inginkan.


Thursday, 17 January 2013

Dah lama tak update..

Dah agak lama saya tak update record exercise saya kat sini, tapi saya masih lagi exercise seperti biasa dan kawal pemakanan saya memandangkan sasaran saya masih jauh lagi...zso, kena teruskan usaha tanpa mengenal jemu...cuma sejak akhir-akhir ni saya rasa badan saya sangat susah nak turunkan berat, mungkin dah capai tahap plateau di mana badan sudah mula membiasakan diri dengan keadaan..tapi apa-apa pun yang penting, jangan putus asa..

Ni rekod semalam, 17.1.2013

Exercise pagi sikit lepas tu sambung petang sikit..

900 steps, 21:17 minit

128.5 kcal kalori terbakar

1100 steps, 22:39 minit

157.1 kcal kalori terbakar


Wednesday, 9 January 2013

Artikel Pembakar Semangat Tentang Kebaikan Menggunakan Stepper..

Tajuk artikel tersebut adalah: MINI STEPPER RESULT
 Bila saya baca artikel ni, semakin bersemangat rasanya nak exercise menggunakan stepper..insyaallah..caiyok..

According to a study by Dr. James Levine that was reported in the "British Journal of Sports Medicine," you could burn 100 calories per hour using a stepper. Stepping machines are very popular in gyms, but they can be too bulky for those wishing to exercise at home. A mini stepper is a smaller, portable version of this machine.

Mini Stepper

A mini stepper machine is constructed from a lightweight steel tube frame and is approximately two feet in length. It has two foot plates with a grippy rubber surface on which to stand. Using your legs, downward pressure is applied to each plate with a variable hydraulic pump underneath providing the resistance. This low impact movement simulates climbing stairs.

Toned Thighs

A mini stepper has a vertical, up and down motion. This motion uses the muscles of the legs, in particular the quadriceps, says fitness expert Tina Juan. Advanced mini steppers also feature a twisting action of each foot plate. According to Diet and Fitness Resources, this movement enhances your thigh toning workout by engaging more of the muscles in your thighs, trimming the inner thighs and toning the outer thighs.

Toned Butt

The butt, or the glutes, as it is often referred to, is made up of three muscles. The gluteus maximus, the gluteus medius and the gluteus minimus. Exercising on a mini stepper works all three of these muscles together, as they are activated when you press your feet down on the plates. To enhance your glute shaping efforts, Muscle and Fitness Hers suggests pushing through your heels instead of the balls of your feet when stepping.

Improved Cardiovascular System

Exercising regularly on a mini stepper can greatly improve your cardiovascular system and fitness. If the use of hand weights is included, both upper and lower bodies can be exercised at the same time. Stepping up and down while pumping hand weights is a low impact form of total body aerobic exercise, says the U.S National Library of Medicine.

Considerations

Mini stepper machines are generally designed for home use and are not found in most gyms. Many people require the energetic atmosphere of a busy gym for motivation and find exercising at home a challenge. This should be taken into consideration when determining possible results.

Artikel ni diambil dari sini:
 
Update 9.1.2013


1001 steps, 25:01 minit

143.0 kcal kalori terbakar