Monday 19 August 2013

Jodoh?????

Jodoh.......

Semua orang percaya yang jodoh tu telah ditentukan oleh Allah bukan? Dan pastinya kita mengharap jodoh yang Allah berikan itu adalah jodoh yang terbaik walaupun kadang2 dugaan dan badai pasti melanda dalam perhubungan...

Ada sesetengah orang jodohnya mudah, sekali jumpa, hati terus suka, terus kahwin dan berkekalan..
Ada sesetengah orang jodohnya susah, bercinta bertahun-tahun, sayang menyayang, faham memahami tapi akhirnya kahwin dengan orang lain
Ada yang lebih susah, cuba berkali-kali bercinta, namun asyik putus saja..belum bertemu lagi jodoh yang sebenar
Ada yang lebih tragis, sudah berjumpa dan tekad sehidup semati namun salah seorang dijemput ilahi lebih awal
Ada yang jodohnya ditentukan oleh keluarga, kenal sekejap, terima dan terus kahwin
Ada yang jodohnya sudah kenal bertahun-tahun lamanya, ada yang berbelas-belas tahun dan akhirnya bersatu juga...

Persoalan jodoh adalah sangat sukar dijangka..
Macam saya sendiri, pengalaman dalam bercinta ni dah beberapa kali dengan orang yang berbeza-beza, namun takdir Allah saya belum bertemu jodoh yang sesuai..
Sejak usia 18 tahun sampailah usia sekarang dah menjangkau 29 tahun,
Memang agak menimbulkan kerisauan ibu bapa sebab satu-satunya anak perempuannya belum kahwin menjadi buah mulut jiran-jiran di kampung dekat rumah mak
(masa raya baru-baru ni)
Tapi saya tak tersinggung soal kata-kata orang lain
Sebab saya tak pernah mempertikaikan jodoh dan rezeki orang lain
Mungkin kekurangan dan kekhilafan diri menjadi puncanya..
Lain dirancang, lain pula yang jadi
Lain diusahakan, lain pula yang berlaku
Saya berpegang pada kadang-kadang Allah belum bagi sebab kita belum layak lagi..
Oleh itu, saya kena berusaha memperbaiki diri

Pengalaman bercinta kali pertama,
Masa tu umur 18 tahun, pertama kali menjejakkan kaki ke matrikulasi
Tapi ini bukanlah pengalaman pertama berjauhan dengan keluarga sebab saya sendiri sudah terbiasa hidup di asrama sejak tingkatan 1 lagi.
Saya masa tu boleh dikategorikan sebagai seorang yang pendiam, pemalu dan tak pandai bergaul.
Maklumlah tak pernah ada pengalaman bercinta masa zaman sekolah, mak saya sangat garang orangnya..
Kalau tahu saya bercinta memang habisla kena marah dengan mak, padahal sejak umur 16 tahun lagi dah pernah kena mengorat..

Saya tak merancang pun nak bercinta masa tu, maklumla saya masa tu jenis kaki buku..
Jenis tak pandai bersosial, dan penakut pun nak keluar atau berdating dengan budak-budak laki ni..maklumla tak biasa
Memang dalam otak saya masa tu saya set saya nak belajar bersungguh-sungguh, tak terniat langsung nak cari boyfriend sebab saya ada matlamat yang saya nak capai..
Lagipun latar belakang keluarga saya bukan orang senang membuatkan saya lebih nak berusaha memperbaiki hidup daripada memikirkan nak bercinta..
Sebab saya tahu kalau saya gagal, saya takut saya hilang peluang nak berjaya..

Tapi ditakdirkan Allah, ada seorang budak lelaki masa tu selalu saya perasan dia perhati saya dalam dewan kuliah..
Kadang-kadang dia sengaja duduk dekat dengan saya dan perhatikan saya buat kerja..
Tapi masa tu saya takut, sebab budak lelaki ni kategori pelajar nakal, belajar pun main-main..
Tapi memang dari segi fizikal tinggi,kategori good looking dan berkulit cerah
(dalam banyak bf saya,memang yang first ni lah yang paling hensem)
Saya selalu nampak dia main tenis dari jauh (hahaha, nakal skema2 pun dok usha jugak kan jauh2 pun)
Tapi memang tak niat nak bercinta pun
Takut hancur result kalau terjebak..

Suatu hari, saya ingat lagi saya dan kawan-kawan ikut rombongan ke Gua Tempurung..
Kebetulan pelajar lelaki ni (sekarang mungkin dah jadi bapak orang, hihihi) dengan kawan-kawannya ikut sama
Masa selepas keluar dari Gua Temperung, saya duduk dekat kawasan meja kerusi ni dengan kawan-kawan dan kebetulan berhadapan dengan group budak-budak lelaki ni..
Saya nampak masa tu dia tengah berdiri nak tanggalkan stokin (kalau tak silap) dan saya senyum ke arah dia (sebab nak tergelak dia macam nak jatuh masa nak tanggal stokin tu)

Dan selepas hari tu, saya perasan kat matrik dia selalu ikut saya ke mana-mana..
kadang-kadang di library, kadang-kadang di cafe, kadang-kadang di di kelas tutorial, kadang-kadang dalam dewan kuliah dia duduk kat belakang saya kalau tempat tu kosong..
Memang mula-mula saya rasa scary dan heran tapi lama-lama terbiasa..
Dan walaupun dalam rasa tak senang dia dok ikut2 saya, lama-lama saya jadi imun..
saya pun lama2 suka juga pada dia.
Dan ada juga beberapa peristiwa yang melucukan yang berlaku masa tu..
Dia juga memang seorang yang caring, tarikh lahir, jadual tutorial semuanya dia ambil tahu..
Sebab tu saya terjatuh hati kot..
Maklumla umur masih muda, ada yang caring sikit..cepatla cairnya..

Cuma yang menghalang pada waktu tu, ialah keinginan saya nak belajar bersungguh-sungguh.,
Sebab memandangkan kami jenis yang kontra sangat, saya jenis kaki buku, dia pulak jenis main-main bab belajar ni..
Jadi kadang-kadang saya STRESS jugak bila dia asyik ikut saya ke mana-mana
Malu dekat pensyarah pun ye jugak, sebab stail si mamat ni  memang jenis muka tak malu..
Depan-depan pensyarah tengah mengajar dalam kuliah pun pernah dia kacau saya..masa kuliah malam pulak tu...memang malu rasanya dekat pensyarah..tapi dia selamba ja..tak segan langsung..hahahahaha.

Lama-lama agaknya kawan-kawan matrik perasan yang kitaorang ni macam ada satu perasaan semacam kot..
So jadila pulak bahan gurauan di matrik..
Pernah saya lalu, seluruh kawan-kawan dia bersorak teriakkan nama panggilan dia masa tu..
Memang malu sangat, sangat, sangat, sangat..
Tapi disebabkan keinginan nak belajar tu kuat, saya tebalkan jugak muka masuk dewan kuliah lepas kes kena sorak ramai-ramai tu..
Saya memang betul-betul sungguh nak belajar dan capai cita-cita saya..
Cuma keadaan masa tu memang menyebabkan saya STRESS sangat-sangat........
Sampaikan terfikir, kenapala susah sangat aku nak pergi kelas ni?
Orang lain senang je boleh gi kelas, tak ada kecoh-kecoh pun...

Lepas kejadian tu, saya pun mengelak dari bertembung dengan dia..
Walaupun agak selalu juga kami terserempak secara tak sengaja
dan selepas peristiwa tu, dia pun tak ikut-ikut saya lagi..
Sebab saya tak nak kena sorak depan khalayak ramai lagi..
Memang malu sangat, padahal masa matrik saya cuma buat hal sendiri saja..
Tak pernah pun kacau hal orang lain...
Ada orang lain yang sibuk berdating di kafe dan library bagai tapi tak pernah pulak teruk kena gosip macam kami berdua...
Hmmmmmmmm.......entahla, dah nasib badan...
Memang saya rasa itu ujian Allah untuk saya dan dia
(Ujian Allah masa saya belajar)
Masa tu memang saya tahap redha dan pasrah je dalam keadaan tertekan ...apa nak jadi pun jadilah, asalkan masa depan saya tak hancur dan masa depan dia pun tak hancur..
Alhamdulillah, walaupun hubungan saya dan dia putus sebab saya yang ambil keputusan tinggalkan dia masa dia cari saya pada hari terakhir kami kat matrik tapi memang masa depan kami tak hancur..
(saya tak boleh kawal stress masa tu)

Walaupun saya tak dapat capai cita-cita saya, tapi Allah berikan jalan rezeki yang lain untuk saya dan saya memang sangat-sangat suka dengan kerja saya sekarang.....Alhamdulillah...
Dan kerja saya sekarang ni jugakla yang menyebabkan saya mampu tolong mak ayah serba sedikit..
Boleh pergi jalan-jalan..
Dapat kawan-kawan yang baik n happening...
Dan dia pun dah bekerja sekarang ..keluar universiti dapat ijazah dan kerja yang baik...
Cuma selepas matrik, memang hubungan kami terputus terus..
Pernah jugak saya cuba cari dia kat fb tapi tak jumpa..

Saya tinggalkan dia bukan sebab saya benci atau tak suka pada dia..
(i have already tried to do things right, but things goes haywire...so what to do?)
Tapi sebab saya sendiri masa tu dalam keadaan tertekan dan nak kena pulihkan keyakinan diri dulu..
Peristiwa disorak di khalayak ramai tu memang smash habis keyakinan diri saya..
Sampai saya rasa down sangat2..rasa macam kena buli padahal tak pernah kacau hal orang lain pun..

Peristiwa tu memang meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya, sampai masa saya masuk universiti
saya tak pernah nak fikir pasal soal cinta langsung....
Masa kawan-kawan sibuk bercinta di universiti, saya tak pernah fikir nak ada boyfriend atau nak berkawan dengan budak-budak lelaki.. 


Itulah kenangan cinta pertama masa umur 18 tahun yang saya memang ingat sampai sekarang..
Tak tahulah kenapa susah sangat nak padam ingatan tu padahal peristiwa tu sudah 11 tahun berlalu..
Mungkin sebab dia first love saya, sampai sekarang saya ingat nama penuh dia dan tarikh lahirnya (hihihihi)

Lepas keluar universiti, saya mula bekerja..
Masa tu la saya mula kawan balik dengan lelaki..
Tapi melalui mesej saja la..
Cause i think it's the right moment to try looking for love back in life...if there's luck for me, then there will be..


No comments:

Post a Comment