Monday 19 August 2013

Pengalaman Kedua

Pengalaman kedua cuba mencari cinta, hahahahaha.......

Pengalaman kedua datang tanpa disangka..
Selepas mula bekerja, dalam tempoh 3-4 bulan selepas tu..
Saya dapat sms dari seorang lelaki minta nak berkenalan..
Namanya S..
Jadi saya pun layankan je la..
Rupa-rupanya si S ni dapat no fon saya lepas mak dia bagi pada dia..
katanya mak dia dapat dari sapa entah..
Jadi memandangkan memang sedang single mingle, saya pun layankan je la..
Tapi masa ni pun tak dela saya serius pun nak bercinta ke apa..

S ni kerja cikgu muzik..
Jadi mesejnya banyak berbaur jiwang dan lirik lagu..
Saya tak kisah pun..layankan je..
Cuma kadang-kadang saya rimas jugak time2 saya buat kerja malam2 dia mesej kerap sangat..
Kami kawan dalam fon agak lama jugak, dekat setahun setengah..
Dia pernah mintak jumpa sekali, masa dia datang berkursus di Ipoh..
Memang dia jenis agak pemalu..katanya dia takut dengan perempuan..boleh pengsan kalau jumpa perempuan..
Saya pulak buat lawak cakap kat dia, kalau dia pengsan saya call ambulans..
hahaha....
First time jumpa, tak banyak sangat kami cakap..
walaupun tak ada feeling tapi saya excited jugakla nak jumpa..
tapi tak cakap banyak pun..
Saya memang susah nak feeling kat dia..sebab perwatakan dan fizikal dia dengan bf first dulu memang sangat lain...
Saya selalu minta doa pada Allah minta Allah bagi saya feeling kat dia..tapi memang saya tetap tak feel jugak...
Selepas jumpa tu, saya masih juga layan S mesej2..
Masa tu jugak, mak saya cakap tak berkenan dengan S gara-gara ada seorang makcik ni yang tinggal dekat dengan rumah S ni cerita yang buruk-buruk pasal S kat mak saya..
(tak tahulah apa motif cerita makcik ni, tapi masa ni saya betul-betul simpati dengan S)
katanya S jenis tak jaga solat, pakai seluar pendek dok melepak depan rumah, kuat merokok depan rumah..

Ada sekali saya tengah berbalas mesej dengan S, mak marah saya..
minta jangan layan S...sebab mak tak suka pada S, juga pada mak S...(huhuhu, sedih masa ni!tapi mak tetap mak, nak buat macam mana)
Walaupun saya tak ada perasaan pada S, tapi saya pun sedih dan kesian pada S bila mak cakap bukan2 pasal S.....saya anggap S kawan saya..
Sebab benda tu khabar angin dari mulut orang ja..belum pasti betul atau tidak
Saya pun jadi lagila confuse nak layan si S..
Dahla tak ada feeling...lagi pulak mak cakap macam tu..
Saya jadi pening jugak nak teruskan hubungan atau tak..
Tapi ayah memang tak kisah..

Pernah dua kali S minta nak datang beraya di rumah..
Dia cakap nak datang sebagai kawan..
Tapi saya tak berani nak izinkan sebab takut mak marah..(terpengaruh dengan statement mak cakap dia memang tak suka dekat S)
S pelik, dia cakap takkan datang raya pun mak marah...
kesian S masa tu..

Dan akhirnya pernah sekali S luah perasaan pada saya, ayatnya mak aih...
berbunga-bunga.....
Masa tu meremang tengkuk saya bila baca mesej dia (hahahahaha)
Dalam2 tak ade feeling pun meremang tengkuk saya..
Saya jelaskan pada dia, janganla hantar mesej macam tu pada saya..
Sebab saya anggap dia kawan biasa, jadi saya meremang bila baca mesej macam tu..

Kesian S, dia terasa hati dengan saya masa tu...
Saya terpaksa off handphone malam tu sebab mesej S bertalu-talu masuk sampai saya tak boleh tidur...sebab mesej asyik berbunyi..huhuhu....
Lepas peristiwa tu, S bawa diri dan tak pernah contact saya lagi...
kadang-kadan kita pun tak pasti samaada apa yang kita buat itu betul atau tidak..
Saya benar-benar harap S jumpa dengan perempuan yang betul-betul menghargai dia...

No comments:

Post a Comment