Monday 19 August 2013

Pengalaman Ketiga...

Pengalaman ketiga ni bukan bercinta atau berkawan...

Tapi kena match make dengan orang...hahahaha...
Dan diaorang memang memandai-mandai match make kan kitaorang walaupun saya masa tu blur2 apa yang nak jadi..
Tapi memang pengalaman ni memang pernah buat saya rasa nak luruh jantung sebab terkejut...hahahaha...

Kali ni namanya H, seorang pegawai polis baru 3 bulan bekerja di Ipoh...
Saya pulak masa tu dah 3 tahun tinggal kat Ipoh...

Kesnya kali ni, mak ayahnya memang sangat beria nak cari calon menantu cepat2...
Anaknya pulak memang sporting, mengikut jer..tak kisah pilihan mak katanya sebab katanya dia sayang kat mak dia, so siapa pun mak dia pilih dia tak kisah (memang ni pun anak emak macam si S, cuma kes si S mak cari no fon bagi suruh S berkenalan sendiri....hahahaha...)

Masa ni saya tak bersedia langsung, saya dah cakap dengan mak saya tak nak tapi tiba-tiba mak dengan ayah saya deal macam mana entah dengan mak bapak si H ni terus mak bapak dia datang rumah masa raya cina...

Saya dalam keadaan cuak2 tu pun tak dapat dah nak buat apa..melainkan bersabar je la.....
So mak bapaknya datangla..saya pun pasrah je la...redhooo......

lebih kurang seminggu lepas tu, hari khamis tak silap saya, esoknya jumaat ada sukan sekolah (masa tu sukan bulan 2)

Ayah si H tiba-tiba contact saya...masa tu saya baru lepas siapkan khemah hari sukan dengan 2 orang kawan dan kami di Jusco selepas tu (dalam pukul 6.30 ptg lebih kurang) untuk makan..
Teringin nak makan Mc D..
Selepas tu 2 orang kawan saya pergi solat maghrib, tinggallah saya yang ABC masa tu sorang2 membelek-belek buku dalam kedai buku Popular...

Kemudian kawan saya datang belek2 buku jugak Popular, masa tu tiba2 saya dapat panggilan telefon daripada ayah si H..katanya nak jumpa saya di Ipoh..

Memang cuak dan terkezutla..tak sangka kan..tapi mula2 ingat ayahnya nak jumpa esok rupa-rupanya nak jumpa malam tu jugak..lagila terkezut...
Saya cakap malam tu saya bukan kat rumah tapi kat Jusco dengan dua orang kawan, terus ayah si H cakap..takpe, pakcik pergi Jusco, jumpa kat Jusco..terus saya lagi terkezut (hahahahaha, teruk betul kan) tapi saya jawab ok pakcik..

Letak-letak je telefon air mata terus berderai laju...huhuhu..air mata terkejut punya pasal...kawan2 saya yang dua orang tu bukan nak tenangkan tapi siap cakap "Ish, apa nangis2 ni..dah2 malu orang tengok" (hihihihihi)

Tapi jumpala jugak malam tu, rupa-rupanya ayah si H dan maknya bawak si H datang nak berkenalan..
Punyala si H ni tak kekok langsung...ramah tamah orangnya, tinggi, berisi sikit dan gelap sikit orangnya...

Akhirnya pukul 11 malam baru saya dan kawan-kawan sampai rumah malam tu...itupun terpaksa menolak ajakan ayah dan mak si H untuk pergi kedai makan sebab esok nak kerja...

Lepas tu adalah si H ni mesej saya untuk berkenalan..tapi sayangnya, saya macam sangat2 tak ade mood nak layan...tak tahula kenapa...saya solat istikharah juga beberapa kali minta dibukakan pintu hati...kalau betul ini jodoh saya, Ya Allah kau bukakanlah pintu hati aku untuk terima si H ni..

Tapi selepas tu, saya tetap rasa malas sangat nak balas mesej si H ni walaupun dia cuba nak kenal lebih rapat lagi...
Sampai si H perasan dan tanya saya balik."Awak tak suka ke saya mesej awak ni, macam tak suka je?" Dan saya cakap "Takla, saya cuma penat je"

Kesian kan..tapi masa tu saya betul2 rasa berat nak balas mesej..saya balas sebab nak jaga hati tapi dalam masa yang sama si H seolah-olah dapat rasa yang saya seolah saya tak suka bermesej dengan dia...
Sampaila satu hari si H minta nak jumpa, saya delaykan..kemudian si H minta lagi sekali dan sebab saya kesian si H minta bersungguh-sungguh nak jumpa..saya pun jumpala si H ni...

Dalam pada tu rupa-rupanya mak si H dah dua kali bertandang ke rumah mak saya siap bawak pelbagai bekal makanan lagi..sebab nak tahu apa keputusan saya..sampai maksaya pun naik rungsing apa nak jawab..

Masa jumpa si H, saya cakap saya nak pergi pasar malam cari barang..jadi si H pun bawakla ke pasar malam..kemudian saya ingat lagi dia beli satay (dia suka makan satay, sama favourite macam saya)
Kemudian kami pergi ke satu kedai makan yang agak jauh dari tempat tinggal saya (atas permintaan saya) dan bersembang..
Saya tak makan sebab saya dah kenyang..saya cuma temankan dia makan ja..dan saya memang bersalah masa ni sebab tak pay attention sangat dekat dia..saya cuma dok tengok tv sambil sembang-sembang dengan dia masa tu...

Dia memang nampak ikhlas, semua kisah hidup dia dia cerita tanpa segan silu..saya tanya dia "awak tak kisah ke kahwin pilihan mak awak?"
Dan dia cakap "Saya tak kisah sebab saya sayang mak saya" (Masa tu kami baru kenal seminggu)
Itulah jawapan dia yang saya ingat sampaila sekarang...memang dia betul2 anak mak yang baik....
Saya je yang teruk kan? huhuhu......
Dan satu lagi soalan saya tanya dia "Awak baru 3 bulan kerja, kalau awak nak kawin ada duit tak?" (soalan financial planning nih, hihihi)
Dan masa tu cara dia cakap seolah-olah nak buat pinjaman bank...hihihi..standardla kan..ramai orang buat macam ni masa tak ada duit nak kawin kan...

Lepas tu saya balik, saya fikir, fikir, fikir,fikir,fikir dan fikir......tapi entahla hati saya macam betul2 tertutup..saya rasa serabut sangat, dan tak tahu apa yang patut saya buat sampaikan kerja saya pun tunggang langgang jadinya...Masa tu kena buat data sikit, habis salah2 data tu saya key in dalam program excel..sampai  menangis sebab nak kena buat balik semula semua data tu..(fikiran terganggu, buat kerja pun dah salah2 semuanya)
Ada dua orang kakak senior kat tempat kerja yang tegur kenapa muka saya nampak rungsing je, seolah-olah ada benda yang saya fikir tak habis2...(punyala susah hati sampai orang lain pun perasan)
Tapi saya cakap tak ada apa2 pun kak........Tak susah hati pun (padahal tipu!kihkihkih)

Duit simpanan kalau nak kahwin pun memang saya tak cukup, 3 tahun kerja kewangan saya masih belum stabil lagi (since parent masa tu tak offer pun nak sponsor duit kahwin , so kalau nak kahwin kena cari sendiri untuk beli barang2 hantaran dan persiapan baju kahwin bagai, duit hantaran biasanya pakai buat belanja kenduri)
So saya entahla macam fikir nak tapi.........nak tolak....kalau jodoh?????? kot 2 lepas ni dah tak ada orang nak macam mana??????

Keluarga si H betul-betul macam dah nak sangat2...sampaikan mak si H cakap diaorang suami isteri sanggup tanggung semua belanja kahwin pihak lelaki dan perempuan sekali...
Dua kali mak dia datang rumah tanya mak..huhuhuhu...
Mak pun sampai naik rungsing, so mak dengan ayah akhirnya datang rumah saya sebab nak tanya keputusan saya..
Diaorang nak jawapan hari tu jugak sebab mak ayah si H kalau boleh nak langsung cepat2 je...dalam tempoh dua bulan lagila..(huhuhu, masa ni meggeletar lutut plak rasa..apa? dua bulan lagi dah nak kena kahwin dengan lelaki yang saya baru kenal 2 minggu? Betul ke ni, macam percaya tak percaya)

Dan disebabkan saya rasa saya memang tak boleh nak bagi keputusan dalam masa singkat dan mak ayah si H pun macam nak sangat2 dah menantu, so saya pun akhirnya menolak..sebab memang hati saya tak terbuka langsung kat si H..rasa bersalah bila menolak risikan keluarga si H tapi saya tak tau apa nak buat dan fikir masa tu........hmmmmmmmmmm.......

Dan hubungan selama 2 minggu pun berakhirlah, si H pun tak pernah sms saya lagi selepas tu..tak pastila kenapa..mungkin kerana kecewa atau mungkin jugak kerana tak nak mengharap...
Saya pun mengharapkan si H jumpa perempuan yang terbaik dalam hidupnya sebab saya tidaklah sebaik mana pun..banyak lagi kekurangan diri yang perlu saya perbaiki masa tu...

Maafkan saya ye H...



No comments:

Post a Comment