Tuesday, 20 August 2013

Pengalaman Kelima...

Hubungan kali kelima dengan seorang lelaki bernama A..(hahahaha)
Ini pun kes dimatch make oleh orang juga..
Memang masa mula-mula saya dimatch make, saya menolak sebab saya merancang nak mohon bertukar balik ke negeri k atas permintaan mak saya (tiap-tiap kali permohonan pertukaran, mak minta saya isi mohon balik dekat dengan rumah, masa ni dah 5 kali isi permohonan tapi tak dapat-dapat)
Lelaki A ni bekerja dan tinggal memang jauh dari negeri K, dan memang kerjaya dia tak akan membolehkan dia bertukar ke mana-mana sebab dia orang business..
Jadi sebab tu saya pada mulanya menolak, sebab terang-terangan tiba-tiba perancangan asal saya akan berubah 360 darjah...
Saya merancang bertukar balik ke negeri K atas permintaan mak tapi pada masa yang sama saya dimatch make dengan orang yang macam ni...
So, benda pertama yang terlintas dalam fikiran saya masa tu?
Kenapa Allah temukan saya dengan dia?

Tapi akhirnya saya layankan juga mamat ni atas nasihat keluarga saya (mak ayah)
Saya cuba kenal dulu dengan mamat ni..
Mula-mula kenal hubungan kami agak mesra..walaupun saya takut nak layan lelaki ni tapi saya cuba juga sedaya upaya..
Kami pernah jumpa sekali atas permintaan lelaki ni..
Masa kali pertama jumpa, fizikal lelaki ni betul-betul mengingatkan saya pada first love saya..
Orangnya tinggi, kurus dan senyuman dia menyebabkan saya teringat pada first love saya (hahahaha, but my first bf was fair skinned, this one is dark...very dark hahahaha..i hope he's not feeling offenced if he knows this)
I fell in love again....lalalala.......

Cuma masalah utama hubungan saya dan dia adalah komunikasi..
Banyak pihak-pihak yang masuk campur..
Beberapa kali kami bergaduh dan pernah sekali saya minta undur diri sebab saya confuse  sangat2 nak teruskan hubungan atau nak stay dengan perancangan asal untuk mohon tukar balik ke Negeri K..

dan setiap kali saya dan dia ada masalah, yang paling tak seronoknya mak kami masing-masing masuk campur..(huhuhu..syokkan...i kena marah ngan mak i la)
dan kadang-kadang statement yang keluar seolah-olah menyalahkan saya seorang saja..
Saya jadi sensitif, terasa hati dan emosi saya jadi tak stabil..
Dan setiap kali ada masalah dan saya cuba berbincang dengan A
A akan menjauhkan diri dan tak pedulikan mesej daripada saya selama berhari-hari dan kadang-kadang seminggu
( I feel like he is distancing himself when problems arises, try to think positive..but i'm just plain human..when there's hard moment, you feel to need to discuss it out, and he just ignore..so what do you think? eksen kan)
Pernah sekali gara-gara terlambat balas mesej kerana keluar dengan kawan, (saya ada mohon maaf cakap terlambat balas mesej sebab keluar dengan kawan)
A macam merajuk dan tak nak bercakap
Sepatah ditanya, sepatah dijawab..
Dua tiga mesej pertanyaan yang saya hantar..A hanya jawab sepatah-sepatah saja..macam malas nak layan
Kemudian saya minta diri nak mandi dan solat..
Selepas itu, A tidak hubungi saya untuk 2 minggu..heran saya masa ni..
Saya tertanya-tanya apa salah saya?
Tup-tup lepas tu timbul balik, aish...pakcik ni mcm chipsmore la pulak..sekejap ada, sekejap tak ada..

Sepanjang berkawan dengan A memang selama tempoh ni saya buat tahajjud, hajat dan istikharah..
Saya doa mohon petunjuk pada Allah..setiap hari dalam tempoh lebih kurang 2 bulan juga saya buat setiap pagi sebelum subuh (atas nasihat mak saya)
Tapi saya tak bagitahu pada A, pada mak dan ayah atau sesiapa tentang istikharah yang saya buat
Sebab saya tak tahu yang mana yang lebih baik untuk  saya..teruskan hubungan dengan A atau memohon pindah tukar balik ke tempat asal saya dalam keadaan macam ni..
Sungguh-sungguh saya mohon pada Allah supaya beri saya petunjuk..
Sebab saya memang rasa tersepit dan tak tahu nak buat keputusan..
Sikap A sekejap-sekejap ok dan mesra dengan saya, tapi sekejap-sekejap angin semacam..
Dan saya sendiri pun tak tahu apa salah saya, sebab A jenis pemendam orangnya..
Saya pulak jenis yang akan cakap terus terang bila berlaku salah faham..

Makin lama hubungan makin renggang..
Sampaila 2 bulan A senyap dan tak hubungi saya lagi..
Walaupun besar harapan keluarga nak tengok saya kahwin..tapi saya redha kali ni....i'on with it...this is fifth time already i've tried...it's not a big deal to recover back...hahahaha....
Mungkin ini petunjuk yang Allah bagi pada saya..
Saya anggap yang kami dah tak ada apa-apa..
Bila mak tanya, saya cakap kami dah lama tak contact, dah tak ada apa-apa lagi..tapi mak janganlah fikir bukan-bukan..mungkin orang ada masalah tapi kita tak tahu..(saya tak cerite pun perangai sentap pakcik chipsmore ni kat mak)
Mak terima jawapan saya..

Tiba-tiba timbul pula isu dari jiran si A cakap yang A tunggu keputusan saya..
Ada statement yang memang menghiris perasaan saya yang dicakapkan tapi saya tak nak tulis disini
(huahahaha.......at this moment of time, i was blurrrrrr.....what's happening???? I don't understand at all)
Saya anggap itu khabar angin jelah, mungkin saya yang salah dengar..
Jiran si A timbulkan isu ni pada mak saya, minta mak tanya saya..
Saya jadi lagi confuse..
Dah dua bulan kami buat hal masing-masing, tiba-tiba timbul balik..
Mak dah menggelabah
Paksa saya terima, marah-marah pada saya cakap saya memilih sangat, suka buat hal (sedih sangat masa ni bila saya dimarah oleh benda yang saya sendiri tak tahu hujung pangkalnya)

Untuk selesaikan isu ni, saya minta mak sabar sekejap
Saya cuba hubungi A, tanya dia ada bagitahu apa2 tak pada jiran dia pasal saya..
A naik rungsing dan bengang..
seolah-olah dia sendiri tak tahu apa-apa
Dia jelaskan yang dia teak pernah cerita atau bincang apa2 pasal kami pada sesiapa pun..
Saya tanya A, awak marah ke?
Dia kata nanti kita bincang, malam ni hot sikit..
Saya tanya bila?
Dia cakap esok...

Esoknya saya tunggu tapi A langsung tak hubungi atau mesej
Dan bengang sebab orang tak menepati janji
Saya jadi lagi stress
Mak pula semakin menekan untuk saya bagi keputusan..

Akhirnya saya naik marah
Saya lepaskan segala kemarahan saya dalam mesej yang saya hantar pada A 2 hari selepas itu..
Memang saya akui saya teruk sangat masa tu..
(At that moment of time, i was thinking..why on earth could i've become like this? so full of anger...full of negative feelings..Ya Allah please forgive me)
Mesej saya marah2 seolah-olah saya dah tak boleh berfikir lagi..
Saya marah sebab saya sendiri keliru apa yang berlaku
A pun naik marah bila baca mesej saya..

Saya jadi sangat2 sedih..
Kenapala aku jadi semakin pemarah ni?
Itulah yang terlintas dalam fikiran saya masa tu..
Dalam mesej yang saya hantar saya hightlighkan kesilapan si A
Saya juga cakap saya tak mampu teruskan hubungan lagi dah...(masa ni saya marah sebab saya rasa seolah-olah A mengelak dari nak selesaikan masalah bila tiap-tiap kali timbul salah faham)
Saya minta A cari orang lain..
Dan saya minta maaf salah silap saya..
Kemudian A hantar mesej berbaur marah juga pada saya..
Saya jadi down masa ni sampai rasa dah tak boleh nak bercakap lagi dah..
Sangat, sangat, sangat down.....(masa ni terfikir, apalah salah aku lagi ni?)
Beberapa kali dalam tempoh 2-3 hari selepas tu, A hantar mesej untuk bersembang
Tapi saya ignorekan..sebab saya tak boleh bercakap masa tu...
Saya perlu masa untuk tenangkan diri saya sendiri..
Dan saya takut isu ni akan jadi lebih besar dan rumit sampai menjejaskan hubungan mak dengan jirannya (makcik yang match make saya dengan A)

Memang jelas dan nyata masalah utama kami ialah komunikasi..
Ada salah faham yang tak jelas..
Saya mengaku saya sendiri pun silap sebab tak boleh kawal emosi but i've tried to discuss about it already but he is just too ego..
Tapi apa yang berlaku dah tak mampu nak diundur semula lagi dah..
Saya tak nak lagi menyakiti hati orang tak tentu pasal..
Mestila rasa diri sangat teruk..
Apatah lagi persepsi orang lain terhadap diri saya pun turut terjejas..
Lepas ni saya kena beringat, apa saja konflik berlaku saya kena BERSABAR DULU...SABAR, SABAR DAN SABAR DULU...(walaupun rasa nak luku2 orang ye,hahahaha)
CARI PUNCA MASALAH DAN BERFIKIR DULU....
BARU CARI CARA MENYELESAIKAN MASALAH...

Dan masa 4 bulan (bulan April) lepas kejadian tu, A pernah hantar sekali mesej pada saya..
Tapi saya tak balas sebab saya dah lama sangat nak bercakap dengan dia..
Tak tahu macam mana nak beri reaksi lagi..
Dan takut pun ya juga, takut timbul isu-isu yang boleh menyebabkan salah faham sekali lagi...

Pada masa yang sama, mak saya disahkan menghidap kanser payudara tahap 1-2 dan memerlukan rawatan
Oleh itu, masa itu saya isi sekali lagi permohonan pertukaran pindah  untuk proses perpindahan bulan Jun (tapi tak dapat juga)
Masa bulan Jun baru-baru ni, mak saya menjalani pembedahan untuk buang ketulan kanser pada payudara dan ayah diserang strok pada hari yang sama mak dimasukkan ke hospital..
Saya jaga mak di wad, manakala adik saya jaga ayah (adik beradik cuma 2 orang)
Masa ni saya terfikir, mungkin inilah hikmah yang Allah nak tunjukkan pada saya..
Kalau ditakdirkan saya meneruskan hubungan, pasti saya serba salah nak mohon pertukaran pindah..
Tapi ketentuan takdir kita memang tak dapat nak jangkakan..
Saya tak tahu apa akan jadi lepas ni...huwuwuwu....
Semoga Allah beri takdir yang terbaik untuk saya dan semua orang kat dunia ni...
Memang betul sangat apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya..

Dan baru-baru ni saya dengar adik perempuan si A bertunang dan si A juga bakal berkahwin tak lama lagi..
(happy for him...saya dah tak simpan perasaan marah lagi dah...i forgive myself and forgive him..)
Mula-mula dengar sedih juga, tapi A memang buat apa yang saya minta..(hihihi, he wins la, he got married first but it's okay it doesn't mean i'm a loser, i just taking some time tip toe back)
dan saya yakin walau apa pun yang berlaku
Allah dah memang tetapkan apa yang terbaik untuk hamba-hambanya..
Saya doakan moga hubungan A dengan bakal pasangannya kekal sampai bila-bila juga mohon Allah tabahkan hati saya bila terima kad kahwin si A nanti (congrats A...aka pakcik chipsmore...janganlah rasa down atau sedih atau sewaktu dengannya)
Dan saya, hujung tahun ini akan sekali lagi isi permohonan pertukaran balik ke tempat asal saya..
(for at least there's no need to travel for 2 and a half hours anymore to go back to kampung, also save money for toll and petrol to, and that money can be used for vacationnnnnnn..best,best, best)
Kali ni dengan surat sokongan doktor yang mengesahkan penyakit ibu bapa saya..
Saya tak pasti adakah permohonan kali ke-7 ni akan lulus atau tidak, tapi apa pun yang berlaku saya akan terima dengan redha dan sabar..

Jadi tak semestinya orang yang belum kahwin tu tak pernah berusaha untuk mencari jodoh..tapi Allah ada perancangan lain yang lebih baik untuk hamba-hambanya..Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku..
Memang kita merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang..
Oleh itu, apa pun yang berlaku kita kena terima sebagai satu pengalaman dan ketentuan dari Allah..

Saya pernah bagitahu pada mak sebab mak risau saya tak kahwin-kahwin
Saya cakap " Akak dah berusaha, akak bukan tak pernah fikir..akak pun fikir soal jodoh ni macam orang lain tapi akak dah tak tahu nak buat macam mana, makin lama makin susah pula jadinya..Ada jodoh atau tak ada jodoh akak redha"

But I believe that Allah will settle this matter of jodoh for me...Allah will open my heart..I will just let my soul finds its mate...when the soul finds it's true mate..no matter what, soul and mate will stay together and forever... (how sweetttttttt)

Saya nampak mak usap air mata masa saya cakap macam tu..tapi tak apalah..sekurang-kurangnya saya ada disisi mak saya semasa dia mengaharung penyakit kansernya..
Sekarang ni mak masih perlu terima rawatan untuk penyakit kansernya..

Saya memang percaya jodoh itu ketentuan takdir Allah...
Kalau orang itu memang jodoh kita, macam mana terputus pun akan bersambung semula..
Tapi kalau bukan, macam mana kita usahakan pun tetap bukan milik kita..
Pengalaman banyak mengajar saya menjadi lebih matang..
Malah saya harap pengalaman juga akan membuatkan saya jadi lebih penyabar..
In Shaa Allah...


Dan saya bersyukur, dalam keadaan macam mana pun Allah tetap murahkan rezeki saya
Rawatan mak saya tak perlu risau langsung pasal duit walaupun ayah dah pencen sebab boleh guna GL untuk cover kos rawatan
Kerja saya juga tak ada masalah sangat, kalau ada pun kecil ja dan mampu diatasi, alhamdullillah
Kebanyakan masa dalam hidup saya, saya tetap gembira dan positif..
Malah kawan-kawan sekerja juga kebanyakkannya baik-baik belaka
Dan tidur saya tetap lena sepanjang malam
Hati saya tenang, emosi saya stabil
Rezeki makin bertambah dan tak pernah sesak duit..kalau duit keluar i'allah ada je yang masuk balik
(I believe in tithe, the more you give, the more you get back..the more consistent, the better)
Berat badan saya turun sebab saya memang nak turunkan berat badan untuk capai BMI stabil sejak jan 2012 lagi dan sekarang tetap turun walaupun saya tak fikir sangat dah pasal diet
Saya cuma cuba kawal makan saja...
(I've lost 12kg already since the beginning of the program, and I believe I will keep on losing some more)
Masa saya sedih pasal mak kena kanser, saya luah perasaan pada kawan sekerja dan kawan-kawan memang bagi semangat yang positif
Dalam tempoh beberapa tahun saya bekerja (less than 5 years), bos percaya dan bagi APC tahun lepas walaupun saya tak pernah terniat bekerja untuk dapat APC..(walaupun APC gov  ni takla sebanyak mana ganjarannya, tapi saya bersyukur sebab ini tanda penghargaan bos atas kerja saya)
So saya nampak rahmat Allah disitu buat saya...alhamdulillah.....

Life is a box of chocolate, you never know what you will get until you get it...
So choose to rejoice is better.......






No comments:

Post a Comment